#kisahserampendek Bola Sepak
Jam menunjukkan pukul 8.00pm. Pakcik Man sedang bersiap-siap untuk pulang selepas selesai sahaja membersihkan kawasan sekolah. Sudah menjadi rutin dia akan mengunci pagar pintu masuk di sekolah menengah itu. Sedang Pakcik Man berjalan di Block B bersebelahan padang sekolah, dia terlihat ada sekumpulan remaja sedang bermain bola di padang itu. Oleh kerana lampu ditutup, Pakcik Man tidak dapat melihat dengan jelas wajah mereka.
"Hei korang semua buat apa di padang tu? Sekolah dah tutup. Cepat balik rumah." jerit Pakcik Man
Mereka tidak menghiraukan teguran Pakcik Man dan terus menyepak bola.
"Jangan korang buat-buat tak dengar! Cepat balik aku nak tutup pagar ni!" jerit Pakcik Man dengan nada tinggi.
Tiba-tiba salah seorang dari kumpulan remaja itu berpaling dan menyepak bola itu ke arah Pakcik Man. Dia menyepak dengan begitu tinggi sekali. Bola itu jatuh ke lantai tak berapa jauh dari tempat Pakcik Man berdiri.
Pakcik Man hairan apabila bola itu jatuh, ia tidak melantun semula. Dan bunyi bola itu jatuh agak pelik seperti ada bunyi air merencik. Oleh kerana lampu sudah ditutup, Pakcik Man tidak nampak dengan jelas bola itu. Pakcik Man mengeluarkan lampu suluhnya dan berjalan ke arah bola itu.
Alangkah terkejutnya apabila Pakcik Man sampai ke tempat bola itu jatuh, dia melihat di lantai itu penuh dengan darah. Dia menyuluh ke arah bola itu dan apa yang dilihat bukanlah bola namun kepala. Kepala itu dikerat dari badannya. Wajah kepala itu sangat dikenali oleh Pakcik Man dan seluruh warga sekolah itu.
Kepala itu milik guru disiplin sekolah itu yang terkenal dengan sifat garangnya dan sering melakukan hukuman berat terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah. Apabila Pakcik Man menoleh ke arah padang, sekumpulan pelajar itu telah hilang dari pandangannya.
#seram #hantu #penselstudio
No comments:
Post a Comment