adss 2

Saturday, 7 May 2016

Belangkas darahnya biru!

Belangkas Darahnya Biru!

Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.

Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Like page kami. Pelbagai info menarik yang ingin kami kongsikan.

Wednesday, 4 May 2016

Jalan Si Gadis Toncang

#kisahseram Jalan Si Gadis Toncang

Terdapat satu jalan yang berhantu berdekatan dengan sebuah universiti terkemuka di China. Jalan itu dipanggil sebagai Jalan Si Gadis Toncang kerana ramai pelajar di situ terjumpa hantu bersusuk wanita yang berambut toncang.

Dikatakan bahawa pada suatu malam, seorang wanita berambut toncang bersama teman lelakinya cuba menyeludup masuk ke Hong Kong melalui kereta api. Mereka merupakan pendatang asing.

Malangnya, wanita itu ternampak polis turut menaiki kereta api itu. Mereka memeriksa setiap kad pengenalan dan pasport penumpang. Oleh kerana risau ditangkap, wanita itu membuat keputusan untuk terjun dari kereta api yang berjalan laju itu. Semasa dia melompat, rambut toncangnya tersangkut di bingkai tingkap. Toncangnya tercabut bersama kulit kepala dan wajahnya.

Wanita itu terjatuh di atas jalan raya berdekatan universiti dan maut di tempat kejadian. Keesokan harinya polis menemui mayat wanita itu terbaring dengan keadaan yang sungguh mengerikan. Mukanya hanya tinggal daging kerana kulitnya sudah tertanggal bersama toncangnya yang sudah hilang dibawa kereta api.

Teman lelakinya sudah lihat apa yang berlaku, tapi dia hanya berdiam diri dan terus menghilangkan diri tanpa mencari teman wanitanya itu.

Selepas daripada kejadian itu, jalan itu sering menghantui sesiapa sahaja yang melaluinya terutamanya lelaki. Dikatakan terdapat seorang pelajar lelaki yang berjalan di laluan itu ternampak satu lembaga wanita berambut toncang berdiri di situ. Wanita itu menutup muka dengan kedua tapak tangannya sambil menangis.

Pelajar lelaki itu cuba memanggilnya namun wanita itu hanya berdiam sahaja. Dia cuba mendekatinya wanita itu dan menyapa bahunya. Wanita itu membuka tapak tangannya dan pelajar lelaki itu terkejut setengah mati apabila melihat wajah wanita itu. Wajahnya tiada mata… tiada hidung… tiada telinga dan tiada mulut… hanyalah tinggal daging yang berulat… Kemudian dia akan hilang.

Khabar angin mengatakan lembaga wanita itu mundar mandir di jalan itu untuk mencari teman lelakinya yang sudah menghilangkan diri.

#seram #hantu #penselstudio