adss 2

Saturday, 30 April 2016

Kisah Seram: Tersalah Kawan

#kisahseram Tersalah Kawan

"Ok, kau jangan tak datang Fiqa, aku ada movie baik punya nak tunjuk kat kau ni. Nanti kita tengok sama-sama eh. Lama gila tak jumpa kau weh. Datang tau!"

Lili berasa teruja mahu menerima kedatangan rakan baiknya ketika sama-sama belajar di universiti dahulu, Fiqa. Sejak tamat pengajian, mereka dah jarang sangat bertemu. Lagipun masing-masing berjauhan tempat bekerja. Lili kerja di Subang, manakala Fiqa pula bekerja di Melaka. Jadi oleh kerana minggu ini mempunyai cuti umum yang panjang, mereka bersepakat untuk bertemu. Fiqa yang menghubungi Lili dahulu siang tadi, dan dia bercadang mahu bermalam di rumah Lili malam ini.

Rumah bujangnya dikemas elok, mana-mana barang yang berselerak berterabur di susun teratur. Lili sudah tidak sabar menunggu kedatangan Fiqa. Lili juga sudah menelefon Domino's Pizza sebagai jamuan ringan untuk dia dan Fiqa malam ini. Pastinya mereka akan berborak panjang dan bergembira kerana kedua-duanya sudah lama tak berjumpa. Di universiti mereka amat akrab sekali. Pelbagai kisah dan luahan hati selalu di kongsi, tiada satu pun tertinggal. Jika mahu ke mana-mana pasti Lili akan mengajak Fiqa, dan jika Fiqa mahu meminta apa-apa pendapat serta pandangan pula, dia pasti akan mencari Lili. Begitulah penangan dua sahabat karib, Lili dan Fiqa.

Lili masuk ke bilik sebentar untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang di cas. Dia melihat skrin, masih tiada lagi pesanan teks ataupun panggilan telefon daripada Fiqa. Aneh. Fiqa beritahu tadi dia sudah dalam perjalanan dan lagi 25 minit mahu sampai. Ini sudah satu jam. Lili terus keluar dan duduk di sofa ruang tamu. Mungkin jalan sibuk agaknya. Iyalah, cuti umum kan. Kata Lili bagi menyedapkan hati. Satu-persatu saluran tv ditukar. Lili cuba menghubungi Fiqa namun tidak berjawab. Dia mulai risau. Mana pulak Fiqa ni?

Sepuluh minit selepas itu, pintu rumahnya berbunyi seperti diketuk seseorang. Dari pintu cermin terlihat bayang-bayang hitam. Mungkin ini Fiqa. Bisik Lili. Tombol pintu dipusing, pintu rumah dibuka perlahan. Lili menjenguk keluar.

"Lahh, kau Fiqa kenapa aku call tak jawab?" Lili berasa hairan melihat Fiqa tercegat di muka pintu rumah. Fiqa seperti kelihatan tak terurus dengan rambut panjangnya selekeh dibiar lepas.

"Weh, kau okay ke tak ni, semacam je aku tengok kau." Lili pandang Fiqa atas bawah. Fiqa nampak lain seperti Fiqa yang dia pernah kenal.

"Aku okay, jangan risau. Mungkin sebab dah lama kau tak nampak aku kot. Tu yang kau hairan semacam." Balas Fiqa.

"Mungkin jugak. Dekat setahun lebih tak jumpa kau kan. eh, jom lah masuk dalam. Makan, lepastu kita borak-borak." Lili menarik tangan Fiqa. Dia merasakan tangan Fiqa agak sejuk sedikit malam itu.

Mereka berdua duduk makan dan berbual di ruang tamu. Fiqa nampak agak kelaparan malam itu. Dia makan dengan kelam-kabut. Lili hanya tersenyum memandang telatah rakan baiknya. Sambil makan Lili cuba berborak dengan Fiqa, sepatah yang Lili tanya, sepatah yang Fiqa jawab. Lili jadi tertekan dengan sikap Fiqa. Fiqa yang dia kenal bukan begitu, Fiqa yang dia kenal agak peramah dan terkenal dengan sifat gila-gilanya. Malam itu Fiqa tidak natural. Tak apa, Lili beri peluang Fiqa menghabiskan makannya dahulu.

Lili bangun sebentar untuk menutup pintu hadapan. Dia jenguk sedikit ke luar, tak nampak langsung kereta Fiqa. Sewaktu dia datang tadi pun dengan tiba-tiba sahaja dia muncul di depan pintu. Bunyi kereta Fiqa pun tak kedengaran.

"Fiqa, kau datang sini naik apa tadi. Mana kereta kau?" Kata Lili sambil menutup pintu

"Naik keretalah. Aku parking dekat depan tu." jawab Fiqa.

Lili semakin hairan. Setahu dia kereta milik Fiqa adalah Myvi kuning, dia cuba menjenguk lagi melalui tingkap namun tak nampak pula kereta Myvi kuning di depan rumahnya. Lili kembali semula kepada Fiqa yang sedang duduk tegak di sofa sambil menonton tv. Dia duduk di sebelah Fiqa. Otak Lili laju memikirkan tentang sikap rakan baiknya yang serba aneh. Sesekali dia menjeling Fiqa, Fiqa terus asyik menatap skrin televisyen. Situasi tersebut berlalu 5 minit tanpa sebarang perbualan. Lili akhirnya mengalah.

"Weh, Fiqa. Aku tengok kau ni pelik lah. Kau ada apa-apa masalah ke?" Lili memusingkan badannya ke Fiqa.

"Masalah apa? Malas lah aku nak cerita sekarang. Nantilah." Fiqa menjawab pertanyaan Lili tanpa memandang muka Lili pun.

Lili jadi bengang. Sepatutnya malam ini bakal jadi malam yang paling seronok dan menggembirakan tapi sebaliknya pula yang jadi. Fiqa terus asyik menonton tv. Kebetulan pula Lili memasang movie seram.

"Lili. Kau pernah tengok hantu tak?" Fiqa menanyakan soalan yang agak pelik kepada Lili.

"Ewah, kau ni! Bukan main celupar lagi soalan kau ek??" Lili menjawab pantas.

"Hehe. Aku tanya je. Kau nak tengok hantu tak...?" Fiqa senyum dan menoleh Lili yang berada di sebelah.

"Ah, sudahlah. Banyak main lah kau ni. Dah lah, aku nak pergi dapur kejap." Lili terkejut sebenarnya Fiqa bertanyakan soalan sebegitu. Sudahlah sikapnya agak aneh malam ni, lepas tu dia tanya pula soalan yang bukan-bukan. Lili terus mengambil cawan dan pinggan ke dapur untuk dibasuh. Sambil berjalan dia menoleh Fiqa sekali lagi. Fiqa membalas pandangan Lili dengan senyuman yang begitu menjengkelkan disebalik rambutnya yang kusut masai.

Lili membasuh cawan dan pinggan dengan tidak keruan. Kadang kala terdengar Fiqa sedang ketawa seorang diri di ruang tamu. Lili jadi seriau mendengarnya. Pelik. Apa yang Fiqa sedang tonton bukanlah cerita komedi tapi cerita hantu. Mana ada orang ketawa bila tengok cerita hantu? Lili terus membiarkan fikirannya menerawang. Memikirkan apa yang sebenarnya terjadi pada Fiqa yang dia kenal ini. Kedengaran ketawa Fiqa dari ruang tamu. Makin lama makin kuat. Lili semakin bimbang dan berdebar-debar.

Perlahan-lahan Lili berjalan ke ruang tamu. Lili terkejut. Tv masih terpasang, tetapi kelibat Fiqa sudah tidak ada lagi di sofa. Mana pulak dia pergi. Lili memanggil nama Fiqa berkali-kali namun tidak berjawab. Sunyi sepi.

"Fiqa! Kau kat mana? Fiqa!!" Lili risau, jantungnya berdebar laju. Lili terus berlari ke luar rumah, mencari-cari Fiqa di ruang garaj kereta. Selipar Fiqa masih ada, tak mungkin dia keluar rumah. Lili masuk semula ke dalam.

"Ya Allah!" Lili tersentak.

Dia lihat Fiqa sedang berdiri tegak sambil memandang cermin besar di hadapan biliknya. Memang Lili tidak perasan Fiqa berada di situ sejak daripada tadi. Fiqa merenung cermin tersebut dalam-dalam. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu.

"Tak guna punya perempuan. Kau sial!" Kata Fiqa sambil terus memandang cermin.

Lili jadi takut melihat sikap Fiqa yang memang bukan seperti dirinya yang dia pernah kenal. Amat lain sekali.

"Fiqa! Kau cakap dengan siapa tu. Aku ke yang sial tu?? Tolonglah jangan macam ni. Kalau ada masalah cerita lah dekat aku! Jangan buat aku macam ni!" Lili teresak-esak. Dia sedih melihat situasi Fiqa waktu itu. Lama juga Fiqa berdiri memandang cermin, mulutnya sentiasa terkumat-kamit bebelkan sesuatu. Tapi Lili tak dapat mendengarnya dengan jelas. Dia merapati Fiqa, dia pimpin dan perlahan-lahan membawanya duduk ke sofa. Mata Fiqa terbeliak, tubuhnya agak keras. Dia seperti sedang marahkan sesuatu. Lili berlari ke dapur dan mendapatkan Fiqa segelas air. Mungkin ini dapat menenangkan diri Fiqa. Lili membuat kesimpulan Fiqa telah disampuk sesuatu. Lili cuba membacakan ayat-ayat suci di sisi Fiqa, namun Fiqa memandang Lili dengan wajah pelik.

"Kau kenapa Lili? Kau ingat aku kena rasuk ke hah??" Fiqa menjegilkan matanya. Sesekali dia ketawa kecil. Lama-lama ketawanya terus berpanjangan. Sambil itu tangannya menumbuk-numbuk sofa dengan kuat. Lili tidak keruan. Dia agak berasa seram sebenarnya. Lili biarkan Fiqa duduk berehat menenangkan diri. Mungkin selepas tenang nanti dia akan menceritakan semua masalahnya.

Lili buntu. Dia mencapai alat kawalan jauh, tv dimatikan. Bunyi bising dari tv hanya akan menyerabutkan keadaan. Lili mundar-mandir memicit-micit dahinya. Jiwanya gundah. Fiqa sudah terbaring di sofa dengan mata terpejam. Nafasnya turun naik, seperti sedang berada dalam tekanan. Lili membiarkan Fiqa berehat.  Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dalam keadaan cemas begini siapa pulak yang menghubunginya. Lili pantas mencapai telefon bimbit di atas meja makan.

Lili tergamam. Tak mungkin benda ini berlaku. Dia lihat Fiqa sedang terbaring di sofa dengan mata terpejam. Lili menggigil melihat nama FIQA tertera di skrin telefon. Fiqa telah menghubunginya! Jadi siapa pula yang terbaring di sofanya sekarang ni?

"He..hel..hello.." Lili menjawab

"Heyy, Lili! Sorry lah aku terlambat sikit datang rumah kau. Sorry tau. Eh jom, kita makan dekat luar. Aku pickup kau kejap lagi. Nak sampai rumah kau dah ni." Kata 'Fiqa' dalam keadaan ceria.

Lili terus terpaku tidak terkata apa. Dia dalam keadaan sama ada mahu percaya atau tidak percaya. Tapi dia harus percaya. Patutlah Fiqa yang datang sebentar tadi ke rumahnya ini berperangai pelik dan aneh. Rupa-rupanya Fiqa yang 'sebenar' masih dalam perjalanan dan belum sampai lagi di rumahnya. Jadi ini siapa?

"Hello.. are you there Lili?? Kenapa senyap je. Aku datang nak ambil kau ni. Tunggu dekat luar rumah ya." Kata Fiqa lagi bila lihat Lili diam tidak memberikan respon.

"O..ok.. ok. Aku tunggu. Cepat sikit!" Lili terus mengambil benda penting apa yang patut dan terus menunggu Fiqa yang sebenar datang. Lili mengambil keputusan untuk meninggalkan jelamaan 'Fiqa yang aneh' di dalam rumah. Dia tak dapat fikirkan cara apa lagi. Dia akan menceritakan semuanya kepada Fiqa sebentar nanti. Masalah ini harus diselesaikan segera. Sewaktu Lili sedang resah berdiri dan menunggu di luar, kelihatan dari jauh samar-samar cahaya lampu kereta. Myvi kuning. Fiqa!

Lili terus meluru dan masuk ke dalam kereta. Fiqa berasa hairan melihat Lili yang mukanya pucat dan berpeluh-peluh bagai dikejar hantu. Selepas menarik dua, tiga nafas yang panjang. Lili menceritakan semuanya kepada Fiqa kejadian yang dia alami tadi. Kejadian yang begitu menakutkan sepanjang hidupnya. Fiqa yang mendengar juga berasa terkejut. Tak sangka ada syaitan yang cuba menjelma sebagai dirinya. Fiqa memeluk dan menenangkan Lili yang sedang menangis teresak-esak. Lili berada dalam ketakutan sangat.

"Dah, kau tenang je. Jom kita pegi makan. Tempat special punya. Nanti dekat sana kita fikirkan caranya. Mungkin kita boleh tanya dan panggil mana-mana Ustaz yang berdekatan untuk selesaikan masalah ni." Fiqa menenangkan Lili. Lili hanya mengangguk.

Kereta Myvi kuning memecut laju membelah dingin malam. Mereka berdua tak banyak bercakap waktu itu. Mungkin kerana Lili masih dalam keadaan terkejut. Sesekali Fiqa cuba membuat jenaka, Lili mula ketawa kecil. Namun di sudut hatinya bertimbun perasaan gundah.

"Kau tau tak. Aku tak dapat bayangkan kalau aku masih berada dalam rumah tu lagi dengan si Fiqa puaka tu. Seram aku tengok dia tadi." Kata Lili sambil melihat permandangan malam dari cermin tingkap kereta.

"Ish, kau ni.. Janganlah risau lagi. Aku dah ada kan ni. Malam ni kita berseronok okay." Fiqa tersenyum memandang Lili.

"Eh, Fiqa kita lalu jalan mana ni? Selama aku tinggal dekat sini tak tau pulak ada jalan ni." Lili hairan melihat jalan yang dipilih Fiqa. Di kiri dan kanannya dipenuhi pokok getah. Jalan rayanya pula kecil dan gelap. Hanya muat untuk satu kereta.

"Oh, ni jalan short cut. Tak kan kau tak tahu jalan ni? Kita dah nak sampai ni, sekejap je lagi." Kata Fiqa sambil terus fokus memandu. Lili hanya mengangguk faham. Baginya tidak kira apa pun, dia hanya mahukan ketenangan dan lari dari ketakutan tadi.

Kereta diberhentikan di tepi jalan. Tidak jauh di hadapannya ada sebuah simpang tiga. Fiqa mengajak Lili turun, dia mengatakan kedai makan tersebut terletak tidak jauh dari sini. Perlu berjalan kaki sedikit, kerana jalan kecil di hadapan simpang tidak muat untuk sebuah kereta masuk. Lili hanya menuruti Fiqa. Baginya, mungkin Fiqa lebih fasih dan tahu tentang tempat ini. Mereka berdua berjalan di sebatang jalan kecil berbatu menuju ke sebuah kedai makan. Kedai tersebut terletak dalam sedikit daripada jalan utama yang mereka lalu tadi. Di kiri dan kanannya masih terdapat pokok-pokok getah yang tumbuh merimbun.

Dari jauh sudah kelihatan cahaya dari kedai makan. Terang benderang. Ramai juga yang makan di situ walaupun kedainya agak tersorok. Suasana agak hingar bingar. Ada yang datang membawa keluarga, ada yang bersama teman-teman. Mereka semua menegur Fiqa. Lagaknya bagai Fiqa sudah biasa dengan tempat dan pengunjung-pengunjung di sini. Mereka semua agak mesra sekali dengan Fiqa.

"Jom order. Kat sini yang sedap nasi goreng ayam dia." Kata Fiqa tersenyum memandang Lili yang masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana.

"Oh, ok. Boleh lah aku pun nak nasi goreng ayam. Air teh o" Lili memberi keputusan.

Sementara menunggu pesanan makanan, mereka berdua duduk berbincang akan hal yang menakutkan di rumah tadi. Fiqa menasihati Lili supaya tenang serta meyakinkan Lili apabila balik rumah nanti sudah semestinya Fiqa puaka itu sudah tiada lagi. Kerana Fiqa yang benar ada di sini, berada di sebelah dengannya. Fiqa juga mengajak Lili ke rumah seorang Ustaz dalam perjalanan balik nanti. Ustaz itu mahir dalam bab-bab mistik sebegini. Lili jadi tenang sedikit mendengar kata-kata semangat daripada Fiqa. Mereka berdua pun berseronok dan bergembira sambil menjamu selera. Benar kata Fiqa, nasi goreng ayam di sini amat sedap sekali.

Ketawa dan bergembira, terus gembira, malam itu segala masalah lenyap. Lili terus dihanyuti riuh rendah kedai makan, semua pengunjung di situ turut bergembira bersama Lili. Lili turut berseronok dan bergelak ketawa bersama-sama mereka. Lili harus dihargai kerana dia ialah pelanggan baru. Fiqa senang hati melihat orang-orang di situ menyukai Lili. Malam itu Lili betul-betul dihargai, pekedai membelanja Lili sepiring lagi makanan. Mereka mahu Lili datang lagi dan merasai keenakan makanan-makanan di sini. Pengunjung lain tersenyum gembira melihat Lili yang turut menyukai makanan di situ.

Dan malam pun terus larut.

Lili terus khayal. Kepalanya tiba-tiba terasa berat, pening, dan berpinar-pinar. Lili memandang ke sekeliling, dia hairan mengapa keadaan agak begitu gelap sekali. Mana pergi Fiqa? Mana pergi kedai makan tadi? Mana pergi pengunjung-pengunjung tadi? Suasana yang bising dan riuh-rendah kini lenyap dan hilang. Suasana bertukar sunyi sepi, permandangan jadi gelap gelita! Lili memandang piring, nasi goreng ayam yang enak sebentar tadi sudah menjadi daun-daun kering. Lili yang terkejut terus mencampakkan piring ke bawah. Kedai makan yang cantik sudah bertukar menjadi sebuah pondok yang buruk, akar liar tumbuh di melalui lantai dan dindingnya.

Lili menjerit ketakutan, nama Fiqa dipanggil berulang-ulang kali. Namun apa yang menyahutnya ketika itu adalah bunyi cengkerik di hutan. Sunyi sepi itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sudah lah sunyi, gelap gelita pula. Lili menangis takut, dia mula rasa meremang. Keadaan ini sungguh menakutkan. Dia menjerit meminta tolong, namun tiada siapa yang akan mendengar jeritan kecilnya di tengah-tengah hutan tersebut. Jeritan hanya sia-sia, menyelamatkan diri adalah keutamaan. Lili melarikan diri sekuat hati walaupun keadaan gelap. Pokok-pokok besar menghalang cahaya rembulan daripada menembusi hutan gelap.

Dupp!!

Lili tersadung sesuatu lalu tersungkur ke tanah. Kesakitan harus dilupakan sekarang ini, apa yang penting keluar dari situ. Lili mengenangkan nasib buruknya malam itu, bertimpa-timpa. Dia bingung, adakah Fiqa yang membawanya ke sini juga bukan Fiqa yang sebenar? Lili menoleh ke belakang untuk melihat benda apa yang telah membuatnya tersungkur sebegitu rupa. Dia tergamam, bulu romanya terus meremang. Lili harus percaya apa yang dia lihat di belakangnya sekarang. Sebuah kawasan perkuburan terbentang luas. Batu nisan berwarna putih yang sudah lusuh berderet-deret menghadapnya. Tiada apa lagi yang lebih menakutkan selain melihat perkuburan di tengah hutan, di dalam gelap!

Lili terdengar ada orang memanggil namanya beramai-ramai. Suara mereka sayup dan mendayu. Batu-batu nisan di hadapannya tidak semena-mena bergerak-gerak satu persatu. Kemuncak ketakutan adalah pada saat ini. Saat apabila Lili melihat berpuluh-puluh tubuh berbungkus putih sedang berdiri di atas kubur masing-masing. 'Mereka' semua berdiri tercegat memandang Lili yang terduduk di atas tanah. Jadi pembaca semua, apa yang anda akan lakukan apabila berhadapan dengan situasi yang menakutkan ini? Ya. Lili cuba melarikan diri, namun kaki kirinya tersangkut pada akar kayu. Lili terpaksa membiarkan tubuh-tubuh berbungkus putih tersebut mendekati dirinya. Semakin lama semakin hampir mereka 'bergerak'. Ada yang melompat-lompat, ada juga yang seperti halimunan. Sekejap berada di atas pokok, sekejap berada di sebelah batu nisan, sekejap berada di sebelahnya. Lili terus menjerit ketakutan. Matanya berpinar-pinar, pandangannya semakin lama semakin kabur. Hitam. Gelap. Sunyi.

.......................................

"Lili! Lili! Bangun, aku ni! Bangunn!"

Lili membuka matanya perlahan-lahan. Dia lihat sekeliling, hatinya terus lega apabila melihat ruang tamu rumahnya.

"Syukur, kau dah terjaga. Aku minta maaf Lili" Fiqa memegang erat tangan Lili.

"Fi..Fiqa.. Apa yang dah terjadi dekat aku ni?" Lili lemah bersuara

"Ada seorang pak cik ni, pagi tadi dia jumpa kau terbaring dekat kawasan perkuburan lama hutan belakang sana." Kata Fiqa menjelaskan keadaan.

"Ta..Tapi Fiqa, kau yang bawak aku pergi situ kan malam tadi?" Lili masih bingung.

"Eh jangan merepek. Mana ada. Malam tadi aku terlelap dekat sofa ruang tamu ni. Bila aku bangun je aku tengok kau dah tak ada. Aku call kau, kau tak jawab." Fiqa jadi hairan mendengar pertanyaan Lili.

"Sorry lah Lili, malam tadi perangai aku pelik sikit. Sebab aku ada masalah. Aku tengah stress, tengah tension. Masa on the way ke rumah kau, aku tengah gaduh dengan boyfriend aku. Tu sebab aku tak jawab call kau. Dan kau pun nampak aku tengah serabut gila kan malam tadi. Ketawa sorang-sorang, nangis sorang-sorang. Boyfriend aku curang. Aku nampak gambar dia tengah bercuti dengan perempuan lain."

Lili mula teringatkan sesuatu. Patutlah malam tadi Fiqa ulang-ulang bercakap "perempuan tak guna". Lili ingat kata-kata itu untuk dia.

"Dalam keadaan semalam, ada macam-macam benda yang aku tak cerita dekat kau. Fikiran aku terlalu berserabut. Tu yang aku diam je. Aku nak biar diri aku ni tenang dulu. Dan aku tak sempat nak bagitahu kau yang aku dah pakai kereta lain sekarang. Myvi kuning tu aku dah lama jual."

Lili teringat sesuatu lagi. Patutlah malam tadi dia tak nampak langsung kereta Fiqa di hadapan rumahnya. Rupa-rupanya Fiqa naik kereta lain.

"Satu soalan aku nak tanya kau Lili. Macam mana pakcik tu boleh terjumpa kau dekat kubur lama tu dan macam mana kau boleh pergi ke situ?"

Lili terdiam.

"Aku tersalah kawan. Malam tadi aku dibawa oleh jelmaan kau. Dia yang bawa aku ke sana." Lili jawab ringkas. Fiqa terdiam.

Misteri akan terus kekal misteri. Tiada apa yang boleh kita takuti kecuali Allah SWT yang Maha Berkuasa. Namun jangan kita takbur dan angkuh, kerana sudah tertulis di dalam Al-Quran, iblis dan syaitan itu juga wujud bersama-sama kita, dan mereka akan sedaya upaya menghasut dan menyesatkan kita anak-anak Adam sehingga Hari Kiamat walau dalam apa jua cara sekalipun.

#kisahseram #seram #penselstudio
penselstudio2016©allrightsreserved

Monday, 18 April 2016

Cara Untuk Mengetahui Siapa Yang Block Whatsapp Anda

Cara Untuk Mengetahui Siapa Yang Block Whatsapp Anda

Imej dari cagoinc.com

Masih ada di antara kita  yang menggunakan SMS dan MMS tapi majoriti yang lain menggunakan whatsapp atau aplikasi pemesejan free yang lain. Yelah, whatsapp kan free tiada cas bayaran yang dikenakan, so kita pun non stop lah hantar mesej kat kawan-kawan lain. Sampai lah orang naik menyampah dan block kita tanpa disedari.

Mulai hari ini, 3 benda ni akan buat realize yang kawan anda tu dah pun block anda:

1. Mesej dah hantar tapi masih lagi tak deliver (takde dua tick)

Anda dah hantar mesej kat kawan anda tu dua hari yang lepas tapi mesej tu masih lagi tak deliver kat dia. Kawan-kawan lain releks je main mesej dengan dia, pelik kan? Tapi jangan cepat buruk sangka, mungkin whastapp anda ada problem (sedapkan hati sendiri). Hehe!

2. Gambar profil kawan anda tu tak appear kat ruangan chat tu.

Untuk memastikan yang dia benar-benar dah block anda, cuba check balik mesej yang anda hantar kat kawan tu, tengok profile gambar dia appear tak kat whastapp tu. Kalau takde, 89% yang dia dah block anda. Tapi, tak confirm lagi. Cuba check yang last ni..

3. Status dorang tak appear

 

Kalau ketiga-tiga benda ada, maknanya anda memang dah kena block dan ini menunjukkan yang dia sudah tidak mahu lagi diganggu oleh anda. So, faham-faham sendiri lah yek!

Pelajar Peluk Islam Dihadapan Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka: "Saya terima hidayah malam ni"

Pelajar Peluk Islam Dihadapan Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka : "Saya Terima Hidayah Malam ni"

  


Melaka, 17 Apr - Ceramah Dr. Zakir Naik di Melaka hari ini menyaksikan seorang pelajar UTeM mengucap dua kalimah syahadah di hadapan penceramah antarabangsa itu.

Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah suci itu selepas menerima penerangan jelas mengenai persoalan mengenai Islam daripada Dr Zakir.


Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi itu,  yang sebelum ini menganut agama Hindu berkata, tindakannya itu dilakukan secara rela hati tanpa paksaan sebarang pihak.

"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu. Selepas menunggu lama akhirnya saya menerima hidayah untuk memeluk Islam malam ini," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.


Sejurus mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.


Di Twitter, orang ramai mula mengucapkan syukur dengan berita gembira itu. Menerusi tweet video yang dimuat naik, kedengaran pelajar terbabit mengikuti Dr. Zakir Naik mengucap dua kalimah syahadah.

Welcome to Islam brother!#zakirnaikutem #utem_momentspic.twitter.com/EVpNVnlOvl

— sepukema (@s4iful_iqmal) April 17, 2016

Lebih 20,000 hadir untuk mendengar syarahan disampaikan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik, di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Penceramah itu tiba di Dewan Besar UTeM bersama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada jam 8.15 malam tadi, disambut hadirin terdiri daripada pelbagai kaum.

Dr. Zakir menyampaikan syarahannya bertajuk Islam-Masalah dan Penyelesaian Untuk Kemanusiaan - Siakapkeli.my 


Sunday, 17 April 2016

"Dora The Explorer" Ditangkap Hisap Rokok Dalam Sekolah.

"Dora The Explorer" Ditangkap Hisap Rokok Dalam Sekolah

  

Fatima bersama watak Dora
NEW YORK: Pelakon muda yang meminjamkan suaranya untuk watak Dora The Explorer, Fatima Ptacek, 15, digantung persekolahan tiga hari di atas kesalahan menghisap rokok elektronik dalam tandas sekolah.

Fatima ditangkap di tandas sekolahnya di The World School Manhanttan, New York bersama dua lagi rakannya ketika kejadian namun difahamkan kes berkenaan tidak dihebahkan.

Bagaimanapun, berita itu tersebar beberapa hari selepas itu kerana ibu bapa dua rakan Fatima yang membuat bantahan mengenai ketidakadilan dari segi hukuman kerana anak-anak mereka dikenakan hukuman buang sekolah.

Difahamkan, Fatima diberi hukuman ringan kerana status selebriti yang dimiliki sedangkan mereka bertiga melakukan kesalahan sama.

"Fatima terbabit dalam kes ini sama seperti anak-anak kami. Jadi mengapa beliau dikenakan tindakan ringan atau tidak dikeluarkan macam anak-anak kami? Adakah kerana statusnya sebagai pelakon karakter terkenal, Dora The Explorer," kata ibu kepada seorang rakannya itu.

Ibu bapa salah seorang rakan Fatima berkata, anak mereka belum pernah melakukan kesalahan berat apatah lagi merokok.

Pasangan itu mendakwa kedua-dua remaja itu dipaksa oleh Fatima.

Ptacek mengisi suara karakter popular di kalangan kanak-kanak yang disiarkan Nickelodeon sejak 2012, malah beliau juga meminjamkan suaranya untuk Dora and Friends: Into the City sejak 2014.

Sumber:http://www.bharian.com.my/node/144762

Saturday, 16 April 2016

Wanita Maut Terkena Renjatan Ketika Guna Telefon Sedang Dicas

Wanita Maut Terkena Renjatan Ketika Guna Telefon Sedang Dicas

  


KUALA LUMPUR, 17 Apr: Seorang wanita maut terkena renjatan elektrik ketika sedang membuat panggilan menggunakan sebuah telefon  yang sedang dicas.

Suhana Mohamad, 30, 'diserang' renjatan elektrik di rumahnya di Taman Desa Baiduri, Cheras kira-kira 11.30 malam Jumaat lepas.

Laporan The Star melaporkan, suami mangsa, Raja Asri Raja Mat, seorang anggota polis unit E8 Bukit Aman sedang tidur ketika kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata Suhana telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di mana dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba oleh kakitangan perubatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Jenazah Suhana telah disembahyangkan di Bukit Aman sebelum di bawa ke Gua Musang, Kelantan untuk pengebumian.

Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun. - Siakapkeli.my

Kisah Seram: Tidur Yang Terganggu

#kisahseram Tidur Yang Terganggu

Selepas menghabiskan baki air kopi dan meletakkan cawan di sinki, Nasri menutup suis lampu utama dan berjalan ke bilik tidur. Tubuhnya agak letih hari ini akibat tugasan yang banyak di tempat kerja. Jadi jam 10.30 malam adalah waktu yang sesuai untuk dia berehat dan tidur demi memikirkan esok harus bangun awal lagi. Malam itu sangat sunyi seperti malam-malam kebiasaan. Sebaik tubuhnya rebah di atas katil, mata Nasri terus mengecil dan beransur-ansur lelap.

"Damm!!"

Nasri terkejut. Dia terus terjaga daripada tidur. Telinganya mengamati bunyi yang buat dia terjaga sebentar tadi. Nasri seakan dapat tahu itu mesti kerja kucingnya yang telah menjatuhkan tin biskut di atas lantai. Malas hendak berfikir lanjut, Nasri terus menyambung tidurnya. Dalam keadaan separa sedar, Nasri tiba-tiba dibuai perasaan sunyi dan emosional. Jika tiada Obi makin sunyilah hidupnya. Kucing yang bernama Obi itulah yang selalu menemaninya. Walaupun agak nakal, tetapi Obi lah yang selalu akan menunggunya di muka pintu sebaik pulang dari kerja. Nasri terus mengelamun dan terus mengelamun sehinggalah terlelap semula.

"Meow.. ."

Nasri terjaga lagi. Kali ini dia terjaga kerana diganggu kucingnya. Obi menggesel-gesel perlahan dan menaiki badan Nasri. Nasri berasa rimas lalu diletakkannya Si Obi di bawah. Pelik pula, kerana Obi jarang datang ke biliknya pada waktu malam. Dia lebih suka tidur di ruang tamu, ataupun mengacah-acah cicak di dapur. Obi terus mengiau. Nasri pula mengeluh. Kenapalah malam-malam begini barulah Obi hendak merengek mengiau bagai. Baru sahaja dia letakkan Friskies di dalam mangkuk di dapur sebelum tidur tadi. Tak kan sudah lapar lagi? Nasri sedikit bengang. Malas hendak melayan karenah Obi, Nasri terus menyambung tidurnya yang terganggu.

"Damm! Damm!!"

Nasri menjegilkan mata. Tidurnya terganggu lagi dengan bunyi bising di dapur. Kali ini seperti bunyi kerusi dapur dijatuhkan. Mulutnya sudah menyumpah-nyumpah nama Obi. Apa sajalah yang Obi buat di dapur sampai bising begitu sekali. Nasri bingkas bangun untuk menuju ke dapur, dia sudah berkira-kira mahu meletakkan Obi di luar rumah sebagai tanda hukuman. Namun Nasri terkejut apabila mendapati Obi sedang lena tidur di atas karpet biliknya. Nasri menggaru kepala. Dia bagai sudah dapat agak ini seperti adegan klise yang biasa berlaku di dalam filem seram.

"Bammm..!! Pranggg!!"

Nasri tersentak. Obi kelihatan turut terkejut mendengar bunyi kuat dari dapur. Kali ini bunyi agak kuat berbanding yang sebelum-sebelum tadi. Nasri tahu ini bukan bunyi biasa-biasa. Nasri mencapai sebatang kayu yang biasa dia letakkan di tepi almari sebagai langkah keselamatan. Perlahan-lahan pintu bilik di buka, sambil itu Nasri menjenguk sebentar untuk memastikan tiada apa yang 'menghalang' laluannya ke dapur. Bunyi bising tadi pula sudah tidak kedengaran, Nasri jadi musykil. Keadaan dapurnya tersusun kemas seperti biasa, tiada satu pun kerusi atau meja yang terjatuh. Tin-tin biskut juga terletak di tempat biasa. Nasri fikir mungkin bunyi yang dia dengar tadi hanyalah khalayan akibat badan dan otaknya yang terlalu letih.

Namun begitu. Ada sesuatu yang membuatkan Nasri mengigil terketar-ketar malam itu. Sewaktu dia mahu balik semula ke bilik, isteri Nasri telah berlari dari dapur dan meluru ke arahnya. Sambil tercungap-cungap isteri Nasri berkata;

"Abang, tolong abang! ada perompak pecah masuk ikut pintu dapur tadi. Dia bawak parang!!"

Nasri tergamam tidak terkata apa apabila melihat susuk tubuh isterinya yang berwajah pucat itu di hadapan. Semua orang termasuk Nasri sendiri tahu bahawa isterinya telah lama mati dibunuh oleh perompak 3 tahun lepas.

#kisahseram #seram #penselstudio

penselstudio2016©alllrightsreserved

Friday, 15 April 2016

Terkini: Lagi gempa Bumi landa Jepun, lebih kuat dari sebelum ini.

Terkini : Lagi Gempa Bumi Landa Jepun, Lebih Kuat Dari Sebelum Ini

9458

PERKONGSIAN

Kongsikan di

  


Jepun, 16 Apr - Satu gempa bumi bermagnitud7.1 telah menggegar Jepun berdekatan bandar Kumamoto di pulau Kyushu hari ini menyusuli gempa 6.5 yang berlaku sehari sebelum ini.

Gempa sebelum ini telah mengorbankan 9 nyawa.

RT.com melaporkan, agensi Meteorologi Japan berkata nasihat tsunami telah dikeluarkan susulan gempa terbaru ini, namun ia dibatalkan beberapa ketika selepas itu.

Nasihat tsunami itu menyatakan gelombang sehingga 3 kaki di sepanjang timur pantai pusat gempa di Kumamoto.

Nasihat tsunami itu dikeluarkan untuk laut Ariake dan Yatsushiro. - Siakapkeli.my

Khairul Idham Jawab Isu Lari Ketika "Disembur Arak"

Khairul Idham Jawab Isu Lari Ketika "Disembur Arak"

12205

PERKONGSIAN

Kongsikan di


15 Apr - Pelumba pertama negara yang memenangi perlumbaan Moto3 di Argentina pada 3 April lepas tampil memberi komen berikutan viral videonya yang dikatakan cuba 'melarikan diri' dari semburan arak.

Khairul Idham Pawi, 17, menegaskan biarpun menyembur araka adalah tradisi, tapi dia harus menjaga batas.

"Saya bukan tidak menghormati acara tradisi sambutan, tapi saya harus jaga batas sebagai orang Islam,

"Saya memang elakkan diri daripada terkena semburan minuman keras itu dan ke mana sahaja saya pergi, jati diri sebagai umat Islam tetap berada di tempat teratas," tegasnya sebagaimana lapor Sinar Online.

Khairul Idham berkata sedemikian ketika majlis bertemu media sempena Perlumbaan Motosikal Cubprix di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini hari ini

Khairul Idham berkata sedemikian ketika menjawab mengapa beliau tidak kelihatan ketika sambutan kejayaan di podium selepas majlis penyampaian hadiah sewaktu Grand Prix Argentina itu.

Beliau juga berkata dia kini berazam untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam baki perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini.

"Saya akan berusaha lebih gigih untuk mengutip sekurang-kurang satu mata dalam setiap 15 pelumbaan yang akan datang walaupun sasaran penaja hanya 18 mata untuk musim ini," katanya - Siakapkeli.my

Thursday, 14 April 2016

Penyaman Udara Anda Kurang Sejuk? Ketahui Cara Asas Servis Penyaman Udara Anda Sendiri.

Penyaman Udara Anda Kurang Sejuk? Ketahui Cara Asas Servis Penyaman Udara Anda Sendiri


Ketika musim panas ini sudah pasti kekerapan kita yang memiliki penyaman udara di rumah untuk memasang penyaman udara lebih tinggi kerana panas.

Cuaca yang panas dan kering ini akan menyebabkan habuk-habuk lebih banyak beterbangan dan sudah pasti ia akan menyebabkan penapis penyaman udara anda lebih cepat tersumbat.

Jadi apa perlu anda lakukan? kami sertakan tips yang telah dikongsikan oleh page Malaysia D.I.Y iaitu kaedah asas untuk servis serta meningkatkan semula keupayaan penyaman udara anda seperti sedia kala. Hanya perlukan 10 minit sahaja.

Barang asas. Berus dan air paip.

1. Buka cover indoor unit. 


2. Tarik penapis keluar. 


3. Ketuk2 penapis untuk keluarkan habuk. 


4. Berus dengan berus perlahan2. Sekiranya jenis plastik boleh dibasuh guna air sabun. 

5. Jika ada habuk pada coil gunakan berus lembut untuk buang habuk. 


**Ini kipas belah dalam rumah. Bila on aircond off dekat suis plug atau main suis aicond tu supaya cover dia tak tertutup. Baru boleh nampak kipas ni.

6. Pasang semula penapis. 

7. Untuk meningkatkan tiupan angin berus perlahan2 pada kipas blower. 

8. Pergi keluar rumah. Pasangkan air kuat pada paip getah panjang. Pancutkan air pada sirip2 dan kipas outdoor unit sehingga air yang turun menitik menjadi jernih. 




Sekiranya masih tidak sejuk mungkin gas sudah kurang dan perlu ditambah. Perlu memanggil technician.kena bayar la ye yang tu. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda bolehtekan sini.

Monday, 11 April 2016

Perempuan Tua Di Tepi Tingkap

#kisahseram Kompilasi Kisah Seram Pendek

1. PEREMPUAN TUA DI TEPI TINGKAP

Ain baru dua hari menyewa di rumah flat berdekatan dengan kolejnya. Dia menyewa bersama 4 orang lagi rakan. Rumah yang Ain sewa berada di tingkat 5. Menghadap hadapan biliknya adalah sebuah lagi bangunan flat dengan jarak yang tidak berapa jauh. Ain mempunyai tabiat tersendiri. Setiap malam lebih kurang dalam pukul 12 ke atas Ain akan belajar berseorangan di dalam biliknya. Bagi Ain waktu-waktu sebegitu adalah sesuai baginya untuk mengulang kaji pelajaran. Suasananya lebih aman dan sunyi tanpa gangguan. Kawan-kawan serumahnya pula memilih untuk tidur ketika Ain mengulangkaji pelajaran.

Pada suatu malam, Ain seperti biasa akan belajar di dalam biliknya seorang diri. Dia selalunya  akan memperuntukkan waktu selama 4 jam untuk mengulangkaji pelajaran. Ain menyelak satu persatu nota-nota rujukan subjek Marketing Communication di atas mejanya. Sambil membaca nota dia memasang perlahan seleksi lagu-lagu kegemarannya di komputer riba. Namun mata Ain telah menunjukkan isyarat mengantuk, walhal baru satu jam dia duduk belajar. Demi menghilangkan rasa mengantuk yang hebat, Ain bangun meninggalkan meja lalu menuju ke dapur.

Nescafe 3 in 1 di bancuh suam. Sewaktu berada di sinki untuk membasuh sudu, Ain terpandang sesuatu dari tingkap dapurnya. Ain cuba mengamati betul-betul untuk memastikan apa yang matanya lihat. Rasanya apa yang dia lihat ialah seperti seorang perempuan tua. Perempuan itu sedang duduk di atas kerusi di tepi tingkap. Dia memakai baju berwarna merah tua bersama kain batik. Lagaknya seperti sedang termenung memandang ke luar dari cermin tingkap. Ain buat tak tahu. Mungkin dia cuma mahu mengambil angin dan menenangkan diri. Ain kembali ke meja belajar sambil membawa air Nescafe nya sekali. Dia menyambung mengulangkaji pelajaran.

Jam sudah melepasi angka 3 pagi. Ain menghabiskan topik akhir sebelum mengemas buku-bukunya. Cawan yang berisi Nescafe tadi diangkat menuju ke dapur. Suasana di kawasan flat tersebut sudah semakin sunyi. Jika ada pun bunyi anjing-anjing liar di tempat pembuangan sampah di lorong belakang. Ain meletakkan cawan di sinki untuk dibasuh. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan Ain membasuh dalam keadaan tangan terketar-ketar. Ain terpandang ke luar dapur. Perempuan tua yang Ain lihat 2 jam sebelum tadi masih sedang duduk termenung di tepi tingkap. Kini matanya seperti memandang ke arah Ain. Kelam kabut Ain meletakkan cawan dan terus masuk ke bilik tidur.

Esoknya kejadian yang sama turut terjadi lagi sewaktu Ain hendak membasuh baju. Dari celah-celah tingkap yang di buka separuh, Ain terpandang akan perempuan tua yang sama di blok bangunan hadapan. Aneh. Perempuan tua tersebut masih duduk di tepi tingkap dengan memakai baju yang sama seperti malam tadi. Posisinya juga tidak berubah. Dia termenung memandang ke luar tingkap. Ain jadi gelisah. Dalam masa yang sama Ain takut. Fikirnya mungkin perempuan tua ini mempunyai masalah gangguan mental.
Malam itu tidur Ain terganggu apabila terdengar bunyi riuh di tingkat bawah. Lampu berwarna merah dan biru memantul di sana-sini. Ain dan kawan-kawan serumahnya menjenguk ke bawah. Kelihatan 2 kereta peronda dan sebiji van ambulan di letakkan berdekatan. Ain seperti sudah dapat mengagak. Dia cepat-cepat menyarung sweaternya lalu turun ke bawah. Sampai sahaja di bawah, kelihatan perempuan tua yang dilihatnya dua malam semalam sedang diusung ke dalam van ambulan. Polis menyimpulkan kes itu adalah kes bunuh. Perempuan tua tersebut telah diberi minum racun oleh perompak. Mayatnya kemudian didudukkan di atas kerusi di tepi tingkap yang terbuka bagi mengelakkan bau busuk merebak ke rumah jiran. Perempuan tua yang Ain anggap masih hidup rupanya telah lama mati.

2. TOLONG JAGA MAYAT NI

Kejadian berlaku pada suatu hari apabila sekumpulan rakan yang sedang bercamping di dalam hutan terjumpa dua mayat di tebing sungai. Disyaki mati lemas dan kelihatan seperti sudah terbiar lebih kurang dalam 3 hari. Tubuhnya sudah membiru manakala wajahnya berkedut kerana sudah terendam begitu lama di dalam air. 4 orang rakan ini menarik mayat-mayat yang dijumpai tersebut ke atas bagi memudahkan pihak tertentu untuk menuntut.

Mereka membuat keputusan untuk menelefon pihak polis berhubung mayat yang mereka jumpai ini. Oleh kerana mereka semua sudah jauh di ceruk hutan, maka amat payahlah untuk mereka mendapat liputan hubungan telefon. Salah seorang daripada mereka mencadangkan sesuatu yang agak sulit untuk dilakukan oleh mereka. Iaitu dengan mengangkat dua mayat lemas ini keluar dari hutan. Cadangan itu ditolak, kerana jarak yang jauh akan menimbulkan masalah pula kepada mereka nanti.

Setelah berbincang, kata putus telah diambil. Dua orang pergi keluar mendapatkan pertolongan, manakala dua orang lagi tunggu di dalam hutan dan menjaga mayat-mayat tersebut. Hanya itu sahaja caranya yang mereka nampak. Masing-masing kelihatan agak gelisah duduk di dalam hutan yang dalam sambil ditemani mayat-mayat yang semakin membusuk. Dua mayat ini diletakkan di sebuah pondok kayu sementara menunggu dua orang rakan mereka datang dengan bantuan.

Dua orang sahabat yang ditugaskan menjaga mayat bercadang untuk tunggu dan duduk sahaja di dalam khemah. Khemah mereka dengan pondok tersebut hanya terletak kira-kira 10 meter sahaja. Hari semakin gelap, awan mendung pula menurunkan hujan renyai. Bagi mengelakkan air masuk, mereka berdua menutup zip khemah dengan rapi. Kedua-duanya sudah gelisah. Masing-masing menanti dua orang lagi rakan mereka dengan penuh debaran.

Tidak semena-mena ketika dalam fasa tenang, khemah mereka bergoncang. Seperti ada sesuatu yang menolak. Dua orang sahabat ini makin tidak keruan, lagi-lagi apabila terdengar suara dari luar menyebut, "Tolong aku.. Sejuk.. tolongg..". Halus dan mendayu-dayu suaranya. Masing-masing sudah menggigil dan berpelukan ketakutan. Tidak dapat digambarkan betapa takutnya mereka, suara halus dari luar masih kedengaran lagi. Gayanya seperti meminta tolong. Mungkinkah mayat lemas tersebut yang berada di luar khemah?

Tiba-tiba zip khemah dibuka perlahan dari luar. Saat itu amat mendebarkan bagi dua orang rakan ini. Terjerit-jerit mereka meminta tolong walaupun mereka berdua tahu tiada siapa yang akan mendengarnya. Zip sudah dibuka separuh, kelihatan dua lembaga hitam berada betul-betul di hadapan mereka. Masing-masing menepuk dahi apabila lembaga hitam tersebut rupa-rupanya adalah dua orang kawan mereka yang keluar meminta bantuan petang tadi. Bila ditanya di manakah bantuan yang mereka bawa, jawab mereka sebentar nanti akan tiba. Kedua-duanya basah kuyup akibat terkena hujan. Mereka berempat pun duduk berbual dan berehat di dalam khemah  sementara menunggu bantuan yang mereka panggil tadi tiba. sehinggalah keempat-empat mereka tertidur.

Salah seorang daripada mereka terjaga apabila terbau suatu bau yang amat menyengat. Bau busuk seperti bau lumpur. Dan apa yang membuatkan mereka tertanya-tanya adalah, di mana dua orang rakan mereka yang datang dengan basah kuyup malam tadi. Rasanya mereka tidur bersama-sama. Segala persoalan terjawab siang itu apabila mereka berdua menemui  mayat dua orang lagi rakan mereka ini di tebing sungai. Sangat aneh kerana mayat dua orang rakan mereka ini dijumpai di lokasi yang sama seperti dua mayat yang mereka temui hari semalam. Jadi siapa yang datang ke khemah mereka malam tadi? Jumlah mayat sekarang sudah ada empat. Juga diletakkan di pondok bersama dua lagi mayat yang mereka jumpai semalam. Maka tinggalah mereka berdua di dalam hutan.

"Kau tunggu sini jaga 4 mayat ni. Aku pergi keluar kejap minta bantuan" Kata si A kepada si B.

Si B terpinga-pinga mendengar kata-kata si A. Dia seperti sudah dapat mengagak cerita. Mungkinkah dia akan menjumpai mayat si A di lokasi yang sama juga seperti 4 mayat sebelum ini dijumpai?

3. JANGAN BALIK KAMPUNG

Seorang suami kepada 2 orang anak yang masih kecil ditugaskan untuk bekerja di luar kota untuk tempoh masa yang lama. Jadi kehidupan hariannya banyak diganggu oleh bayangan-bayangan keluarga, serta anak isteri di kampung. Dia sungguh rindu akan keluarganya. Seringkali dia tersenyum sendirian apabila mengenangkan dua orang anaknya yang masih kecil. Hatinya pula sudah terlalu rindu pada isterinya. Tugasnya di luar kota hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Pada suatu malam, lelaki ini dihubungi Ketua Pengarah di tempat kerjanya. Rupa-rupanya Ketua Pengarahnya ini menghubunginya untuk menyampaikan berita gembira. Suami kepada dua orang anak ini dibenarkan pulang awal atas kerana semua tugasnya telah selesai. Maka melompat kegembiraan lah si lelaki ini. Esoknya, lelaki ini telah keluar awal untuk membeli tiket kereta api, lagipun jika dia keluar lewat, tiket akan habis. Hal ini akan menimbulkan masalah lagi nanti. Dirinya sudah terlalu seronok dan teruja untuk pulang. Hati dan kepalanya sudah berada di kampung halaman.

Perjalanan yang memakan masa selama 6 jam itu bagai tidak terasa. Dia seperti tidak percaya akan dapat menjejakkan kaki lagi di kampung halamannya yang sungguh indah dan damai. Namun, dia berasa aneh kerana hanya dioa seorang sahaja yang turun di stesen keretapi tadi. Malas hendak difikirkan lanjut, si lelaki ini pun terus berjalan menuju ke rumahnya. Isteri dan anak-anaknya pasti berasa terkejut kerana mereka semua tidak tahu yang dia ini akan pulang 3 hari awal. Lelaki ini sudah berasa girang di dalam hati. Tak sabar mahu memeluk anak-anaknya.

Sewaktu di dalam perjalanan, rasa hairan singgah di benak kepalanya. Kampung ini terasa sunyi sangat, tidak kelihatan langsung penduduk-penduduk kampung di kawasan berhampiran, binatang ternakan yang dahulunya banyak juga tidak menampakkan dirinya. Apa yang dapat lelaki ini lihat hanyalah bekas-bekas kawasan pembakaran yang masih berasap lagi. Lelaki ini cuba untuk positif, mungkin sekarang ini musim sejuk, jadi mereka semua memilih untuk tidak keluar dari rumah.

Lelaki yang kehairanan ini pun memasuki rumahnya. Kebetulan pintu hadapan tidak berkunci, jadi mudahlah dia untuk masuk ke dalam rumah. Diperhatikan keadaan dalam rumahnya agak berselerak, sunyi sepi, lampu rumah pun tidak dihidupkan menambahkan lagi rasa curiga. Dalam hatinya, adakah keluarganya juga mahu membuat kejutan? Rasanya tidak mungkin kerana mereka semua tidak tahu si suami akan pulang awal. Rasa gelisah menerjah hati lelaki ini. Sudah hampir seluruh bahagian rumah dicari, namun langsung tidak nampak bayang isteri dan anak-anaknya. Lantas telefon bimbit dicapai, nombor rumah mak mertuanya yang tinggal di pulau seberang dihubungi. Kedengaran suara isterinya di talian.

“Sayang, awak dekat mana, mana anak-anak kita semua?” Tanya si lelaki

“Abang dekat mana sekarang, bukankah lagi 3 hari abang akan balik?” Isteri menjawab penuh resah

“Abang dapat pelepasan awal, sengaja nak buat kejutan dekat awak. Abang ada di rumah kita sekarang ni.”

“Hah? Apa? Aa.. a.. abang, tolong keluar dari rumah dan kampung kita sekarang juga! Jangan Tanya kenapa. Cepat! Lari keluar dari kampung kita sekarang!” Kata isteri dengan jerit dan tangisan. Si suami sudah berasa amat hairan dengan kata-kata isterinya.

“Tapi kenapa? Apa yang sudah terjadi??” Lelaki itu mahukan kepastian.

“Sekarang bukan masanya untuk saya ceritakan semuanya! Masa dah suntuk. Cepat keluar dari situ!!” Makin kuat tangisan si isteri.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki sedang berjalan perlahan di belakang rumahnya. Lelaki tersebut jadi resah, telefon bimbit digenggam erat. Matanya melilau memerhati ke tingkap dapur.

“Sa..sayang.. abang dengar ada orang berjalan dekat belakang rumah kita..” kata lelaki kepada isterinya. Belum sempat dia menghabiskan ayat, pintu dapurnya dihentak kuat sehingga terkopak di tengah-tengahnya.

Di hujung talian, si isteri terdengar bunyi suaminya menjerit. Tidak lama selepas itu kedengaran pula bunyi benda berat terjatuh dan bergolek di atas lantai kayu rumah. Si isteri hanya mampu menangis teresak-esak sambil memegang erat tangan dua orang anaknya. Si isteri terkilan kerana tidak sempat memberitahu suaminya agar jangan pulang, kerana pembunuh bersiri yang suka menyembelih leher orang kampung kini kembali berlegar lagi.

4. MIMPI JADI KENYATAAN

Seorang remaja perempuan kerap bermimpi perkara yang aneh-aneh sewaktu tidur di malam hari. Sudah berbagai doktor, pakar psikitari dan ilmuan agama dia berjumpa. Namun jawapannya tetap hampir sama. Rata-rata mengatakan mimpinya itu hanyalah mainan tidur. Ada juga yang mentafsirkan remaja perempuan ini mengalami depresi dan keletihan yang melampau, membuatkan dia selalu mendapat mimpi ketika tidur. Dia menafikan sekeras-kerasnya perkara itu. Dia tahu yang dia tidaklah mengalami apa-apa tekanan dalam hidup, semua berjalan lancar dan gembira dengan hidupnya.

Pada suatu malam remaja perempuan ini telah bermimpi dia berjalan-jalan dan menjumpai satu kotak yang berisi kucing mati. Yang menjadi perihal serius, keesokan harinya kucing belaannya telah dijumpai mati dilanggar kenderaan. Remaja perempuan ini redha dan tidak mahu berfikiran negatif. Mungkin sudah ajal kucing tersebut, ujarnya pasrah. Tetapi yang menghairan di sini adalah, remaja perempuan ini semakin kerap bermimpi perihal yang aneh-aneh lagi menakutkan. Semua mimpinya mejadi kenyataan serta membawa maksud hampir-hampir sama seperti apa yang dimimpinya.

Ada suatu malam dia bermimpi rakan serumahnya sedang menangis sambil terduduk. Dua hari selepas mimpi tersebut, dia mendapat panggilan daripada majikan rakannya. Mereka memberitahu rakan serumahnya ini telah terjatuh dari tangga sewaktu hendak mengambil kotak fail di atas rak yang tinggi. Akibatnya kaki kirinya patah. 3 hari selepas mimpi tersebut, remaja perempuan ini bermimpi lagi. Kali ini dia bermimpi melihat banyak mayat terbaring di atas tanah lapang. Sekali lagi terjadi kejadian yang hampir serupa keesokan harinya. Sekumpulan pelajar-pelajar sekolah rendah yang sedang bermain bola di padang berdekatan rumahnya telah di bunuh beramai-ramai oleh banduan yang terlepas dari hospital mental. Manakala semalam, dia bermimpi melihat jari-jemarinya berlumuran darah. Esoknya sewaktu dia mahu menebuk dinding untuk menggantung gambar, alat penggerudi yang digunakannya telah terlepas dan mengenainya tangannya. Menitik-nitik darah keluar.

Lewat pagi itu dia terduduk sendirian di hujung katilnya dengan muka yang berpeluh-peluh. Jantungnya berdebar laju. Remaja perempuan ini baru sahaja terjaga daripada tidur akibat mendapat lagi mimpi yang menakutkan. Dia bermimpi tubuhnya telah diracik-racik dan disiat-siat dengan menggunakan pisau besar. Sewaktu sedang menanti dan mengelamun, tiba-tiba dia terdengar suatu bunyi di atas kepalanya. Apa yang dia lihat waktu itu adalah, skru kipas siling yang terletak betul-betul di atas kepalanya telah tertanggal satu demi satu. Hanya menanti saat. Remaja perempuan ini hanya tergamam apabila melihat bilahan-bilahan kipas yang besar ini jatuh di atas kepalanya.

#kisahseram #seram #penselstudio

penselstudio2016©allrightsreserved

21 tempat paling misterius di dunia.

21 Tempat Paling Misterius di Dunia

1. Pembrokeshire, Wales

Bentuk dari rumah – rumah di kawasan Pembrokeshireini menyerupai rumah Hobbit di film Lord of The Ring. Dibangun sepenuhnya dari bahan-bahan alami yg ditemukan disekitar tempat tinggal. Tembok-temboknya dari batu, lumpur dan air yang masuk ke rumah karena gravitasi. Jendela dan pipa-pipa diambil dari sampah.

Jual HDY Baby Diaper Bag @http://TasBayi.JawaraShop.com

2. Yukatan, Meksiko

Di tengah hutan yang lebat di semenajung Yucatan, Meksiko, di luar dugaan tersebar ribuan “kolam kristal” yang misterius. Menurut laporan Reuters, para ilmuwan asal AS telah menemukan “kolam kristal” tersebut belum lama ini, yang sekaligus membuka cadar sesungguhnya dunia air bawah tanah. Hutan yang lebat ini menyembunyikan banyak “kolam kristal” tersebut, dimana kedalaman salah satu “kolam kristal” itu dapat mencapai 160 meter lebih.

Ribuan “kolam kristal” bawah tanah tersebut telah membentuk sebuah dunia air bawah tanah yang misterius. bangsa Maya kuno pernah menganggap, bahwa di sana merupakan pintu masuk menuju ke alam bawah tanah. Masyarakat setempat pun terus melegendakan, bahwa di dunia air bawah tanah yang misterius itu, terdapat setumpukan tulang belulang, dan emas yang membentuk seperti gunung.

Peneliti asal AS dan penjelajah melakukan penyelidikan terhadap sejumlah lubang sambil membawa tabung oksigen, lampu kedap air dan peralatan bawah air lainnya. Dari penyelidikan itu diketahui bahwa sesungguhnya “kolam kristal” ini adalah lubang batuan yang terbentuk dari gamping (batu kapur) yang terkikis air hujan permanen. Dan oleh karena air hujan disaring batu kapur sejenis bunga karang, maka air kelihatan sangat jernih dan bening, dan tampak seperti terbuat dari kristal.

Para penyelam petualang merasa seolah-olah melayang di angkasa ketika berenang di dalam air bawah tanah tersebut. Kolam-kolam kristal ini yang dangkal ada yang kedalamannya mencapai 1 meter lebih, sedangkan yang dalam tidak berdasar. Mereka pernah menyelami sebuah lubang bawah tanah, hingga di kedalaman 160 meter anehnya tetap saja tidak bisa sampai ke dasar.

Wajar saja kalau bangsa Maya pernah menjadikan kolam-kolam kristal tersebut sebagai kolam yang suci, dan mereka pernah memasukkan barang-barang perhiasan ke dalamnya untuk sembahyang leluhur. Dalam kehidupan sehari-hari bangsa Maya kuno, lubang-lubang ini menduduki status yang penting. Lubang tersebut juga menyediakan sumber air yang cukup bagi bangsa Maya, selain itu juga menyediakan tempat pemandian bagi mereka. Hingga sekarang, di sejumlah desa yang jauh terpencil di semenanjung Yucatan, orang-orang masih bergantung pada lubang bawah tanah seperti ini dalam kehidupannya.

Dalam keyakinan spiritual bangsa Maya, kubang-kubang ini juga merupakan tempat tinggal Dewa Hujan, sama seperti Istana Naga dalam legenda Tiongkok. Bangsa Maya mengandalkan mereka guna bersujud untuk memohon hujan. Bangsa Maya beranggapan, bahwa hujan di langit adalah hasil kunjungan Dewa Hujan, hanya dengan mempersembahkan “hadiah”, dewa hujan baru bisa hadir. Mereka memasukkan barang perhiasan ke dalam lubang, bahkan akan memilih gadis cantik dan diterjunkan ke dalam air, dengan maksud menyenangkan Dewa Hujan.

Jual Sandal Nama Unik dan Lucu @http://JawaraShop.com

3. Wieliczka, Polandia

Polandia berdiri diatas tambang garam yg telah beroperasi selama 800 tahun. Tambang Wieliczka saat ini dibuka untuk turis dengan kedalaman 300 meter lebih. Perlu diketahui,tambang ini pernah dijadikan pabrik pesawat terbang pada saat perang dunia ke 2. Menarik bukan tinggal di atas tambang garam? Airnya pasti asin semua..

Jasa Website Instant Murah @ http://JawaraShop.com

4. Kapadokya, Turki

Rumah dari ratusan rumah terdiri dari kamar-kamar yang bersambung dan bersama-bersama merupakan sistem tua dari kota bawah tanah Kapadokya berumur lebih dari 2500thn. Area-areanya dipisahkan oleh koridor sempit, penduduk memulai pendudukan di permukaan dan akhirnya pindah ke bawah tanah.

Jual Aksesoris Martapura @http://aksesorismartapura.com

5. Xi’an, Cina

China sekarang menjadi terkenal dengan di temukannya the Mausoleum of Qinshihuang, kuburan imperial terbesar dalam sejarah Cina. Keajaiban ini dibangun dalam waktu 38 tahun oleh 700,000 pekerja, dan terkenal dengan tentara terracotta yang dikubur bersama Kaisar.

Peluang Usaha Produk Immunocal @http://immunocalnetwork.com

6. Denver, Colorado

Colorado mempunyai bandara besar yg dipercaya mempunyai banyak terowongan bawah tanah nya. Berdasarkan peninggalan-peninggalan yang ditemukan, dipercaya terowongan-terowongan tersebut dibangun oleh militer sebagai Masonic Temple sebagai tempat berlindung dari serangan musuh.Di temukan adanya terowongan bawah tanah yang luas yang menyambung satu sama lain di bawah kota ini.

Jasa Website Instant Murah @ http://JawaraShop.com

7. Tokyo, Jepang

Japan adalah pusat misteri melibatkan 7 teka teki termasuk sebuah kota bawah tanah yang ada di bawah kota tersebut. Ini dimulai ketika peneliti Jepang, Shun Akiba menemukan peta tua sistem terowongan Tokyo yang tidak sesuai dengan peta yang ada sekarang. Sejak saat itu dia menemukan 6 kejanggalan dalam peta sejarah dan catatan lain tentang ruang-ruangan tersembunyi. Termasuk beberapa terowongan dengan design arsitektur ruangan tersembunyi,  temboknya berbalik sendiri.. Fantastis!!!

Jual Aksesoris Martapura @http://aksesorismartapura.com

8. Edinburgh, Skotlandia

Selain adanya mitos yang sudah terkenal,Monster Laut LOCHNESS.. Skotlandia juga mempunyai sejarah yang panjang dan aneh ,salah satu yang paling aneh adalah tentang ditemukannya jembatan yang terkubur dibawah tanah. Di perkirakan,setelah jembatan ini selesai dibangun dan diikuti oleh kematian-kematian yang misterius, akhirnya jembatan ini tidak jadi digunakan.

Jual Sandal Nama Unik dan Lucu @http://JawaraShop.com

9. Abydos, Mesir

Gambar-gambar di atas ditemukan pada balok atas penyangga langit-langit sebuah ruangan kuil kerajaan Mesir Kuno, yang lokasinya berada di Abydos, beberapa ratus mil sebelah selatan Kairo dan plato Giza. Objek-objek pada gambar tersebut, dilihat dari perlengkapan fisiknya adalah pesawat yang dioperasikan di dalam lapisan berudara seperti di permukaan bumi, bukan untuk ruang angkasa yang hampa udara.

Karena itu digunakan sayap samping dan ekor serta baling-baling. Kuil Abydos ini dibangun untuk Dewa Osiris oleh firaun Mesir kuno, Seti I (1306-1290 SM) dan diselesaikan oleh penerusnya, Ramses II.

Jual Tas Laptop Aidea @ http://JawaraShop.com

10. Nova Scotia, Kanada

Adalah sebuah insiden ledakan misterius yang terjadi di Pelabuhan Shag, Nova Scotia, tanggal 4 Oktober 1967. Sebuah benda menghantam Pelabuhan Shag pukul 11.20 malam, menimbulkan ledakan hebat. Tidak ada korban jiwa. Para saksi melihat benda itu seperti “piring terbang”. Tidak lama kemudian, tempat itu segera ditutup.

Pihak militer Canada segera berdatangan. Dalam waktu sekejap, tempat itu dibersihkan dan puing-puing segera diangkut. Insiden itu terkesan sangat ditutup-tutupi. Apa sebenarnya yang terjadi? Benarkah piring terbang yang jatuh? Pemerintah Canada tidak pernah mengeluarkan statement apapun mengenai hal ini. Dan hingga hari ini, misteri ini tidak pernah diungkapkan.

Jual Aksesoris Martapura @http://aksesorismartapura.com

11. Valdaro, Italia

Sepasang kerangka laki-laki dan perempuan zaman batu baru yang saling berpelukan erat tergali di Italia. Sepasang kerangka yang saling berpelukan hangat ini, menggoncang semua orang yang melihatnya. Arkeolog memperkirakan, bahwa sepasang kerangka ini telah terkubur kurang lebih 5.000-6.000 tahun lamanya di bawah tanah!

Untuk mempertahankan gaya pelukan ini, ilmuwan belum memutuskan memisahkan potongan kerangka tersebut. “Kami akan tetap mempertahankan sikap mereka selama ini yaitu saling berpelukan.” Demikian ujar arkeolog Irena Mannorti yang menemukan sepasang kerangka ini.

Setelah kerangka itu dipindahkan, ilmuwan akan meneliti lebih lanjut terhadap sepasang kekasih yang saling berpelukan abadi ini. Selanjutnya, kerangka tersebut akan di simpan di museum nasional Italia.

Menurut ilmuwan, bahwa pengetahuan mereka terhadap pasangan kekasih zaman batu ini sangat sedikit. Kerangka tersebut ditemukan di sebuah daerah pinggiran Kota Valdaro, Mantova, karena itu dinamakan “kekasih Valdaro”.

Arkeolog nampaknya sangat yakin bahwa mereka meninggal saat remaja, sebab gigi mereka masih utuh. Selain itu, karena seiring dengan ditemukannya sebuah panah dan beberapa perkakas di kerangka tersebut, dapat diketahui kalau mereka meninggal pada zaman batu. Dan di balik legenda yang dianggap paling agung dalam sejarah arkeologi Italia ini masih banyak teka-teki yang perlu diuraikan.

Ada indikasi menunjukkan, bahwa kedua insan ini bukannya meninggal dalam kondisi saling berpelukan, melainkan dikubur demikian di tanah makam prasejarah. Cinta yang benar-benar abadi..

Peluang Usaha Produk Immunocal @http://immunocalnetwork.com

12. Pulau Arran dan Orkney

Dua pulau di Skotlandia ini adalah harta rahasia sejarah terpenting. Dua pulau ini terletak di lautan Skotlandia yang dingin, kedua pulau ini menarik turis dengan sejumlah kastil, reruntuhan, lingkaran-lingkaran batu dan kuil-kuil kuno. Jika anda suka dengan periode abad pertengahan, kedua pulau ini wajib ada dalam daftar kunjungan anda.

Jual Tas Bayi HDY Baby Diaper Bag @http://TasBayi.JawaraShop.com

13. Geyser Reykjavik, Islandia

Geyser adalah aliran air hangat yang menyembur ke permukaan tanah. Geyser selalu tampak menarik dan misterius. Salah satu tempat di Reykjavik, ibukota Islandia, terkenal dengan geysernya yang mencapai diameter 20 meter dan ketika hujan, anda bisa menemukan pemandangan yang mengerikan : aliran air yang menyembur luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter.

Jika anda mengunjungi Cina, dan menunggu di sekitaran Geyser di sungai Yangbo, Tibet. Geyser yang ada dapat menyembur dengan suara yang mengejutkan setiap beberapa menit sekali. Diamter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.

Jual Tas Laptop Aidea @ http://JawaraShop.com

14. Air Terjun Niagara

Air terjun ini terkenal sebagai tujuan turis. Keajaiban alam ini terletak di perbatasan Kanada dan Amerika. Air terjun ini meliputi daerah seluas 250.000 mil persegi dan aliran airnya dapat mencapai 250.000 kaki kubik perjam.

Jual Tas Bayi HDY Baby Diaper Bag @http://TasBayi.JawaraShop.com

15. Bingbing Bei, Henan

Tempat ini terletak di daerah barat Propinsi Liaoning, Henan, Cina. Penduduk setempat menyebutnya “bingbing bei” atau punggung es. Tempat ini seolah tak tersentuh perubahan musim.. Ketika seluruh Cina sedang mengalami musim dingin, di tempat ini justru bersuhu hangat, warm zone. Ini memang sungguh aneh.

Orang menyebut pergantian musim merupakan hokum alam yang tak bisa diubah, tapi di sini hal itu tidak berlaku. Lokasi persisnya adalah pegunungan sebelah timur dari Provinsi Liaoning. Penduduk mengalami suhu hangat, sementara daerah lain di Cina sedang mengalami perubahan musim.

Dengan adanya fenomena ini, kawasan ini mendapat julukan “zona anomali suhu.” Ini “zona anomali panas bumi” meluas hingga ke luar kota sebelah kiri sungai Hunjiang ke bagian akhir di sebelah kanan Sungai Hun hingga ke kaki bukit dekat Guandian Propinsi. Panjang “anomali suhu zona” adalah kira-kira 15km, dengan luas sekitar 106.000 meter persegi.

Uniknya ketika musim panas datang, daerah anomal suhu ini temperaturnya menurun. Ketika suhu musim panas mencapai 30 derajat celcius, suhu di sini justru berada di minus 12 drajat celcius, bahkan suhu super dingin ini terus merasuk hingga 1 meter di bawah tanah. Bahkan air tanah menjadi membeku saking dinginnya. Tempat ini telah berubah menjadi frizer ketika daerah lain kepanasan. Malah, jika kita meneteskan air ke bawah tanah, maka serta merta air itu akan berubah menjadi es. Luar biasa!

Jual Tas Laptop Aidea @ http://JawaraShop.com

16.Stonehange, Whilshire, England

Stonehenge adalah susunan batu misterius di daerah pinggiran Inggris. Tidak ada yang tahu tujuan dibangunnya apa, apakah istana, atau tempat pemujaan, atau kuil atau mungkin tanda adanya UFO?

Jual Tas Bayi HDY Baby Diaper Bag @http://TasBayi.JawaraShop.com

17. Moguicheng, Xinjian

Di kota ini, ada daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis. Beberapa kastil di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak jelas darimana asalanya. Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan angin sepoi-sepoi, anda akan mendengarkan ritme manis, seperti 10 juta bel kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan indahya. Tapi jika angin kencang mendekat, maka suara yang timbul akan bagaikan raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala.

Jual Tas Laptop Aidea @ http://JawaraShop.com

18. Antartika

Antartika adalah tempat yang sangat tidak ramah untuk dihuni. Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sampai sekarang menjadi rahasia besar buat sebagian besar dari kita. Antartika juga memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salju dan es dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter, ada juga pulau yang kering total, dan disebut “Lembah kering tanpa salju”.

Jual Tas Laptop Aidea @ http://JawaraShop.com

19. Segitiga Bermuda

Di Atlantik Barat laut, terletak Segitiga Bermuda. Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Segitiga ini juga disebut sebagai segitiga setan – semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak bekerja dengan benar di tempat tersebut. Seringkali bahkan komunikasi dengan dunia diluar segitiga ini menjadi masalah. Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana mencegah hal ini. Jadi, jika anda memang berani, siapa tahu anda menjadi yang pertama memecahkan misteri ini.

Jual Tas Bayi HDY Baby Diaper Bag @http://TasBayi.JawaraShop.com

20. Piramida & Sphynx di Mesir

Salah satu tempat paling misterius dan ajaib di planet. Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramida yang tersebar di sepanjang sungai Nil. Masing2 tingginya mendekati 100 meter, dan terbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 ton. Sampai sekarang legenda mengenai piramida masih mengundang berbagai gosip baru, mitos dan kepercayaan baru juga bermunculan.

Dari semua piramida, yang tertinggi adalah Piramida Cheops. Semua piramida dibangun hanya dengan menumpuk satu batu diatas batu lainnya. Tidak ditemukan lem, paku, atau perekat apapun digunakan dalam pembuatan piramid. Semua batu entah bagaimana saling pas, sehingga sangat susah ditemukan adanya retakan atau celah. Permasalahan mengenai teknik pembangunan yang digunakan juga belum terjawab sampai saat ini. Jadi jika anda memang mencari misteri, Piramida-piramida Mesir akan tetap memberikan misteri bagi anda.

Jual Tas Laptop Aidea @ http://JawaraShop.com

21. Pulau Paskah

Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chili, dan meraih popularitas internasional karena patung kolosal yang luar biasa berbentuk wajah manusia. Tiap patung tingginya sekitar 4 meter, berat sekitar 14 ton dan terbuat dari batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui. Sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut.

Ada berbagai teori mengenai asal patung dan artinya, termasuk salah satunya adalah teori fantastis yang mengatakan bahwa patung ini dibuat oleh UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.

Sumber : Kaskus

Tuesday, 5 April 2016

Can You See What's Inside This Red Dot?

Can You See What's Inside This Red Dot?

April 5, 2016 | by Tom Hale

photo credit: Don't tilt your screen, cheater. Playbuzz

Lelaki ini melukis sesuatu dgn menggunakan darahnya sendiri


Meet Sydney man Rev Mayers who paints with his own BLOOD – hooking himself up to an airbrush machine and spraying it on canvas

Sumber: Hmetro. Oleh: Aimi Nordin

Betul kata orang seni itu pelbagai dan sangat subjektif.

Seorang lelaki unik ini melukis beratus-ratus lukisan luar biasa menggunakan darahnya sendiri. Rev Mayers, 39 menyambung urat di lengannya ke mesin berus udara agar dia boleh melakukan semburan terus ke kanvas.

Mesti korang rasa dia seorang yang pelik kan? Lelaki yang berasal dari Camden, barat Sydney ni sanggup mempertaruhkan hidupnya untuk menjadi antara ‘pelukis darah’ terkenal di dunia. Dia juga mempunyai seorang jururawat khas yang bekerja untuknya terutama apabila darahnya perlu diambil untuk menghasilkan lukisan haiwan, makhluk khayalan dan potret keluarga.

“Saya mempunyai seorang jururawat yang memasukkan tiub di lengan dan terus ke mesin berus udara.

“Saya melakukannya tiga kali dan tidak gemar melakukannya lagi,” katanya.
Ujarnya, kali pertama dia melakukan teknik itu secara tergesa-gesa dan tidak tahu ia boleh menyebabkan maut.

“Kehilangan darah menyebabkan anda terasa pening dan sukar untuk fokus dalam keadaan seperti itu.

“Beberapa hari selepas itu, saya beras sangat teruk,” jelasnya.

Bukan senang untuk dapatkan darah yang banyak dan warna yang diinginkan. Mayers mengamalkan diet tertentu supaya darahnya berwarna merah gelap.

“Jika saya mengeluarkan satu pain untuk disimpan, saya mahu darah itu menjadi yang terbaik,” katanya.

 

 

Monday, 4 April 2016

Sejak hari itu bahagian 2

#kisahseram Sejak Hari Itu.. (bahagian 2)

Aku terus memandu melayari malam yang penuh dengan pelbagai kejadian itu. Kali ini pemanduan aku agak tenang setelah aku memasang cd alunan ayat-ayat Al-Quran di radio. Aku melalui satu kawasan pekan kecil, di waktu-waktu begini memang tiada satu pun kedai yang buka walaupun kedai mamak. Jarum jam sudah melepasi angka 2 pagi. Aku berkerut. Bukan berkerut kerana kedai mamak sudah tutup, tetapi kerana sakit perut yang amat sangat datang menyinggah secara tiba-tiba. Di waktu-waktu begini pula. Aduh. Aku menjerit di dalam hati. Jika ditahan sakit perut ini memang 'parah' akibatnya.

Di waktu-waktu genting itu aku teringatkan kawan lama aku, Lutfi. Jika di kampung dia dipanggil Lutfi Mat Rock kerana amat menggemari lagu-lagu rock kapak. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Aku terus membelokkan kereta aku ke kiri, aku rasa mungkin dia ada di sekolah itu. Niat aku mahu meminjam tandas sekolah untuk melepaskan hajat yang begitu menyeksakan ini. Aku menjenguk pondok pengawal, kelihatan motor kapcainya di situ. Cantik. Bisik aku di dalam hati. Lutfi berjalan keluar dari pondok pengawal dengan memakai baju uniform putih yang tidak di butangkan menampakkan tshirt hitam Rusty Blade di dalam. Dia hairan melihat kereta aku masuk ke kawasan sekolah.

"Weh, kau rupanya. kau buat apa datang sini malam-malam?" Lutfi menyuluh muka aku menggunakan torchlight murahnya yang di beli di kedai RM2.

"Aku sakit perut la Lutfi, aku ingat nak pinjam tandas sekolah ni kejap. Tak tahan sangat dah ni" Aku memegang-megang perut.

"Aku bukan tak nak bagi, tapi kawasan sekolah ni keras sikit. Aku cuma nak ingatkan kau je. Kau nak dengar cerita tak, baru-baru ni.." Aku memandang Lutfi dengan penuh geram. Lutfi terus bercerita hal yang terjadi pada dirinya di suatu malam lebih kurang dalam pukul 12.30. Ketika itu waktu kerjanya sudah hampir habis, jadi dia masuk ke dalam tandas asrama untuk mencuci muka dan menggosok gigi sebelum pulang. Sewaktu sedang menggosok gigi, dia terpandang suatu refleksi yang mencurigakan di dalam cermin. Kelihatannya seperti satu lembaga perempuan berjubah putih. Lutfi musykil kerana dia yakin tandas yang dia masuki itu adalah tandas lelaki. Tanpa menghiraukan kelibat perempuan itu dia terus menghabiskan gosokannya. Namun, ada suatu bunyi yang membuatkan dia menoleh ke belakang. Bunyi suara perempuan memanggilnya dari belakang.

"Haa kau tau, aku menggelupur cabut keluar dari tandas sampai tak sempat nak basuh mulut tau! Sejak hari itu aku tidak akan lagi gosok gigi tengah malam di tandas asrama seorang diri, kerana dia pasti muncul di belakang aku, sambil berkata 'nak ubat gigi lagi?' sambil menyeringai dengan mulut dipenuhi darah!"

Walaupun gaya bercerita si Lutfi Mat Rock ni agak kelakar tapi aku tergamam juga mendengar ceritanya. Tapi aku rasa aku malas nak fikirkan sangat hal itu, sebab aku sudah tidak boleh tahan lagi. Aku perlukan tandas dengan segera sekarang ini! Aku memilih untuk ke tandas berdekatan bukan tandas asrama seperti di katakan Lutfi sebentar tadi. Lutfi menunjukkan arah tandas guru selang satu blok di hadapan kepada aku. Dia sempat berpesan 'jika ada apa-apa jerit sahaja panggil aku'. Tanpa melengahkan masa aku terus ke tandas guru seperti yang ditunjukkan oleh Lutfi. Walaupun keadaan sekolah agak gelap namun tiada apa yang aku boleh pilih lagi selain menggunakan tandas di situ. Suis lampu tandas di petik. Aku memilih tandas yang di hadapan sekali berdekatan dengan pintu keluar.

Aku sempat membakar sebatang rokok. Bagi aku benda ini wajib untuk lebih penghayatan. Aku hembus asap rokok ke atas. Aneh. Asap yang aku hembus turun kembali ke bawah. Berulang kali aku hembus ke atas namun asap itu tetap turun ke bawah. Aku terus jadi takut untuk memandang ke atas. 3 minit sudah berlalu, aku sudah hampir selesai. Setelah membersihkan apa yang patut, aku memegang selak pintu untuk membukanya. Tetapi sebelum keluar, aku seperti mahu tahu apa yang menyebabkan asap rokok aku tadi turun kembali ke bawah. Rasanya di tandas itu tiada kipas. Aku pun memandang ke atas dan..

"Lutfiii!!!" Aku menjerit nama Lutfi sambil berlari keluar menuju ke pondok pengawal. Muka Lutfi kelihatan agak gelisah.

"Woi, kenapa ni kenapa? Kau jumpa apa-apa ke??" Lutfi sudah kelam-kabut

"Tak ada apa, aku jerit nama kau sebab aku gembira dah selesaikan hajat aku tadi!" Tanpa memandang muka Lutfi aku terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin lalu beredar dari sekolah itu. Aku meninggalkan Lutfi dengan penuh tanda tanya. Lutfi tidak tahu apa yang aku nampak sebenarnya di dalam tandas tadi. Sejak hari itu aku tidak akan lagi memandang ke atas ketika sedang menggunakan tandas sekolah itu kerana takut ternampak kepala berambut panjang menyeringai pada aku!

Aku memandu agak laju pada waktu itu. Malam ini sahaja sudah 5 kali berturut-turut aku mengalami peristiwa menakutkan. Untuk meneutralkan keadaan, aku mencapai telefon bimbit. Aku sudah mulai rindukan seseorang. Aku cari nama Zara dan mendail nombornya. Aku tak tahu mengapa aku masih mengharapkan belas ihsan kasih sayangnya lagi. Sudah terang lagi bersuluh perempuan itu telah mempermainkan perasaan aku selama ini. Pengkhianatan demi pengkhianatan telah Zara lakukan. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Adakah aku yang bodoh? Atau dia yang bodoh. Aku terus memutuskan panggilan telefon itu. Aku harus kuat. Jangan dilayan sangat perasaan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat ini.

Papan tanda Jalan Sg. Hitam telah aku lepasi. Jam sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi, namun aku masih belum mahu pulang lagi. Aku mahukan ketenangan dan melepaskan segala masalah yang terbuku di hati ini. Aku terus teringatkan kawan aku sewaktu sama-sama belajar di tingkatan 6. Mirul. Aku senang berkawan dengannya, banyak hal dan masalah akan aku ceritakan pada dia selama ini. Malam itu aku teringin berjumpanya, meluahkan segalanya. Rumah Mirul hanya terletak kira-kira 4 kilometer sahaja lagi dari tempat aku berada sekarang. Dia tinggal di flat lama bersebelahan Balai Polis.

Aku mengunci pintu kereta dan terus menuju ke tangga. Mujur rumahnya hanya terletak di tingkat 2. Ketika itu suasana sungguh sunyi, tidak kelihatan orang-orang lalu di koridor flat. Mungkin semuanya sudah berehat dan tidur. Pintu rumah bernombor 225 itu aku ketuk kuat. Namun tidak berjawab. Aku syak Mirul sudah tidur. Untuk kepastian, aku terus mendail nombor Mirul.

"Oh kau dekat depan rumah aku ke? Lama gila weh tak jumpa kau. Aku dekat luar kejap ni beli barang sikit dekat 7e. Kau masuk lah dulu. Tahu kan kunci pendua yang aku sorok selalu tu dekat mana?" Mirul menyuruh aku masuk ke dalam rumahnya dulu. Aku mengangkat pasu berisi bunga lalu mengambil kunci di bawahnya. Tombol pintu dibuka, suis lampu di pasang. Aku duduk berehat di sofa ruang tamu. Sementara menunggu Mirul pulang, fikiran aku terus menerawang. Berat sangat kepala ini kalau hendak diikutkan. Pada masa yang sama aku terpandang pintu bilik di hadapan aku. Bersebelahan dengan bilik Mirul. Bilik ini di sewa oleh seorang lelaki, Nizam namanya. Aku tidaklah begitu mengenali rapat dengan dia sangat. Begitu juga Mirul, kerana Nizam jarang berada di rumah itu, pulang hanya untuk tidur sahaja.

Aku tidak tahu kenapa hati aku tergerak untuk membuka pintu bilik itu. Aku terkejut kerana bilik ini sentiasa dikunci oleh Nizam. Tetapi tidak berkunci pula malam itu. Aku jenguk ke dalam. Kosong. Ah, mungkin Nizam lupa untuk mengunci pintu biliknya itu. Keadaan di dalam bilik itu sungguh kemas sekali, katilnya yang bercadar biru tua itu seperti sudah lama tidak terusik. Aku memerhati meja dan rak-rak buku yang berada di situ. Aneh. Kosong tidak terisi dengan satu buku dan barang pun. Tetapi yang menganehkan lagi keadaan, terdapat satu tali skipping di atas meja. Tali itu nampaknya sudah berhabuk.

Dulu aku begitu gemar bermain tali skipping, kesannya berat badan aku turun sebanyak 12 kilogram. Sementara menunggu Mirul pulang, aku bermain tali skipping tersebut. Aku bangga, kerana masih mampu lagi bermain sehingga sekurang-kurangnya 20 kali lompatan. Setelah berhenti satu minit, aku cuba bermain sekali lagi. Sedang aku asyik melompat, aku memandang cermin di atas meja dan terlihat sesuatu di dalam cermin itu. Ada satu benda berbungkus putih turut sama mengikut aku melompat di belakang! Memang kelihatan agak jelas. Dengan wajah yang sangat PUCAT! Aku terus mencampakkan tali skipping  dan tanpa menoleh ke belakang aku berlari keluar dari bilik itu. Aku sarung selipar dan terus turun ke bawah. Sampai sahaja di hadapan kereta aku terus menelefon Mirul.

"Mirul! Kau kat mana? Aku nampak 'benda' dalam bilik tu!

"Kau masuk bilik Nizam yang selalu berkunci tu ke?" Mirul menjawab tenang.

"Haah!" Aku menjawab pendek.

"Dah 10 tahun. Nizam dah 10 tahun meninggal akibat bunuh diri di dalam bilik itu. Dia mengantung dirinya dengan menggunakan tali skipping. Aku pun lupa nak beritahu kau hal ni sebab sejak kerja di bandar kau pun dah jarang balik jumpa aku. Sebenarnya dah macam-macam kejadian aneh sejak Nizam meninggal dunia. Ada yang kata Nizam ni ada 'membela' dekat rumah tu. Pernah satu hari tu aku tertidur dekat sofa. Waktu itu aku separa sedar. Tiba-tiba aku perasan ada satu lembaga hitam datang dekat aku lepas tu selimutkan aku! Aku tak berani nak bangun, terus aku buat-buat tidur. Sejak hari itu, aku tidak akan lagi tidur tanpa selimut membaluti tubuh aku, risau kalau makhluk hitam berkuku panjang dan berwajah bengis itu menunjukkan keperihatinannya menyelimutiku pada setiap jam 3 pagi."

Aku tergamam mendengar penjelasan Mirul. Aku terus menghidupkan enjin kereta dan pergi dari situ. Sejak hari itu aku tidak akan lagi bermain tali skipping dalam bilik tidur kerana aku tahu pada tengah malam ada sesuatu yang berbungkus turut melompat juga. Dan sejak hari itu juga aku tidak akan lagi pergi ke bilik berkunci itu apabila penghuninya yang aku sangkakan masih hidup ternyata telah membunuh diri 10 tahun yang lalu.

Jarum jam berdiri tepat menunjukkan pukul 3.45 pagi. Aku rasa cukup setakat ini sahaja waktu aku peruntukkan untuk menenangkan diri. Sebenarnya tidak lah aku dapat menenangkan diri sangat, kerana aku dilanda masalah-masalah lain pula. Daripada bangunan usang tengah malam tadi sehinggalah di flat Mirul ini. Ada sahaja yang terjadi bertimpa-timpa. Aku sudah penat, aku mahu pulang merehatkan diri di rumah. Mak aku sudah tentu bising, dia risau jika aku pulang lewat. Begitu juga dengan nenek aku yang tinggal serumah dengan kami semua. Turut sama akan membebel menasihati aku yang suka pulang lewat. Dia juga jenis cepat risau. Mungkin kerisauan mak diwarisi daripada nenek.

Aku membuka pintu rumah, terperanjat aku apabila melihat nenek sedang duduk dalam gelap di kerusi sofa. Waktu itu memang aku tak dapat melihat jelas wajahnya dan aku malas hendak membuka lampu. Khuatir akan menganggu nenek. Nenek macam biasa, membebel kepada aku. Aku sudah tak larat mahu menjawab segala bebelan nenek. Benda yang sama juga di ulang-ulang. Benda yang sama juga dirisaukan. Aku bukannya perempuan, tambahan pula aku sudah dewasa. Jadi mana mungkin aku tidak tahu menjaga diri sendiri?

Selepas membasuh kaki aku terus menuju ke bilik. Kelibat nenek sudah tidak nampak lagi di situ. Mungkin sudah masuk tidur. Kadang-kadang aku rasa kasihan juga pada nenek. Orang-orang tua ni semua sebenarnya sayangkan kita. Dia tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada kita. Kita sahajalah anak dan cucu mereka. Aku terus merebahkan diri di katil, aku benar-benar berasa penat sangat malam itu. Sebelum melelapkan mata, aku berazam pada diri aku sendiri. Sejak hari ini, aku tidak akan lagi balik lepak lewat. Nenek macam mak, suka tunggu semata nak nasihat sebab risau. Bezanya nenek cakap lembut je sambil pegang tangan aku dari bawah katil.

Aku tersentak! Jantung aku berdegup laju. Tangan siapa yang memegang tangan aku dari bawah katil ini? Aku dapat rasakan tangan yang sedang mememang tangan aku itu jari jemarinya halus, berkedut dan sejuk! Memang sebentar tadi aku ada mendengar nenek bercakap kepada aku. Tapi takkan dia bercakap dari bawah katil? Aku memberanikan diri, perlahan-lahan aku menoleh ke bawah. Seorang perempuan tua berambut putih dengan dagu yang panjang memandang aku sambil tersenyum. Kulit mukanya pucat dan hampir terkopak menampakkan isi dalam.

Aku melolong lalu melompat daripada katil dan berlari keluar dari bilik. Perempuan tua yang menakutkan itu merangkak laju mengejar aku. Aku terus membuka pintu rumah dan berlari sehingga ke tengah jalan raya untuk meminta tolong dan menyelamatkan diri. Namun pada waktu itu aku terdengar bunyi hon yang panjang di belakang aku, aku menoleh dan apa yang aku nampak ketika itu adalah silauan daripada cahaya lampu sebuah lori trelar.

Sejak hari itu aku tidak akan lagi berada di alam manusia. Hanya mampu mengintai dari alam yang penuh kegelapan dan kesunyian mutlak. Aku sudah tidak wujud lagi.

#kisahseram #seram #penselstudio #antiplagiat #thanksfans

penselstudio2016©allrightsreserved

Sunday, 3 April 2016

Kerusi roda

#kisahseram Kerusi Roda

Pada tahun 1984, ada seorang nenek tinggal berseorangan di sebuah banglo dua tingkat. Nenek itu mengalami lumpuh di bahagian kaki dan dia hanya mampu duduk di kerusi roda sahaja. Nenek itu tidak mampu menjaga diri sejak kematian suaminya. Oleh itu setiap hari akan ada jururawat datang ke rumahnya untuk melakukan kerja rumah dan membantu nenek itu.

Banglo dua tingkat itu hanya mempunyai tangga jika mahu naik dan turun. Sekiranya nenek itu mahu naik atau turun, jururawat terpaksa mendukungnya sewaktu melalui tangga.

Pada suatu hari, polis mendapat satu panggilan kecemasan daripada nenek itu kerana ada kejadian pembunuhan. Oleh kerana sukar untuk mendapatkan polis ketika itu, hanya detektif sahaja dihantar ke tempat kejadian.

Apabila detektif sampai, dia menjumpai mayat jururawat terbaring di lantai ruang tamu dan penuh dengan darah. Tangan dan kakinya patah dan lehernya dikerat. Nenek itu duduk di kerusi rodanya di tangga tingkat atas sambil memerhati detektif itu. Nenek itu kelihatan terkejut.

Detektif tidak merasakan nenek itu adalah suspek kerana keadaan nenek yang lumpuh itu. Detektif itu memakai sarung tangan, mengambil gambar dan mencari bahan bukti. Dia cuba mencari petunjuk dan meminta kebenaran nenek itu untuk dia menyiasat di tingkat atas. Nenek itu berkeras yang tiada siapa di tingkat atas dan hanya dia sahaja berada disitu ketika kejadian berlaku.

Namun detektif itu terus naik ke atas untuk menyiasat. Nenek itu hanya duduk sahaja di kerusi rodanya. Di tingkat atas itu terdapat satu koridor dan mempunyai tiga bilik. Dia terus menyiasat satu persatu bilik itu. Bilik pertama kosong. Bilik kedua pun kosong. Tiada tanda apa-apa yang mencurigakan. Detektif itu terus menyiasat sehingga dia masuk ke bilik terakhir iaitu bilik tidur nenek itu.

Dia masuk ke dalam bilik itu dan melihat ia seperti bilik biasa. Ada katil, ada almari baju, meja kecil. Dia menyiasat setiap penjuru namun masih tidak menjumpai satu petunjuk. Lama-lama baru dia sedar satu perkara yang mencurigakan. Dia ingat kembali yang nenek itu menelefon polis namun di dalam bilik itu tiada satu bayang telefon pun.

Dia hanya perasan ada satu telefon di ruang tamu tingkat bawah. Detektif itu memegang pistolnya dan perlahan-lahan keluar dari bilik. Dia berjalan menuju ke tangga dan apa yang dia lihat hanyalah kerusi roda dan nenek itu sudah hilang dari pandangannya..

#seram #hantu #penselstudio