adss 2

Sunday, 3 April 2016

Highland Tower bahagian akhir

#kisahseram Highland Tower

Bahagian Akhir – Lawatan Terakhir

05.10 AM – Jalan Raya

Fix memandu kereta BMWiranya menuju ke Highland Tower. Syahir duduk disebelahnya manakala ‘Nabil’ duduk di belakang.

“Kejab cuba kau cerita balik apa yang terjadi? Kenapa dengan Nabil tu? Tadi aku nampak kau bercakap dengan seorang pakcik. Siapa tu?” – Syahir
“Aku tak kenal pakcik tu. Dia datang ke meja aku. Lepas tu dia bagitahu yang Nabil sebenarnya berada kat Highland Tower lagi. Rohnya ditahan oleh patung yang aku cakap tu.” – Fiq
“Yeke? Aku ingat kau main-main je pasal patung ni. Bila masa pula dia kena ni?” – Syahir
“Aku rasa masa dia masuk dalam rumah tingkat 4 tu.  Mesti dia tertengok mata patung tu.” – Fiq
“Habis kita nak buat apa sekarang?” – Syahir
“Kita pergi balik Highland Tower, cari patung tu. Mungkin dia masih ada di dalam rumah tu. Kita kena selesaikan sebelum matahari terbit.” – Fiq
“Kenapa? Lepas matahari terbit apa jadi nanti?” – Syahir
“Pakcik tu cakap kalau matahari terbit, hari jadi cerah, so kalau nak cari patung tu elok dalam gelap. Jadi kita dapat elak dari ternampak matanya.” – Fiq
“A’ah betul juga. Kalau hari dah cerah mungkin kita boleh terpandang matanya.” - Syahir
“Aku rasa mesti Nabil pergi suluh muka patung masa tu. Sebab tu dia terkena.” Fiq
“A’ah. Tapi mesti pakcik tu ilmu dia tinggi kan. Nasib baik kau jumpa dia tadi.” – Syahir

Perjalanan mereka hampir sampai ke Highland Tower. Sesekali semasa Fiq memandang belakang melalui cermin. Dia melihat imej di cermin itu adalah patung, bukan Nabil. Begitu juga dengan Syahir apabila dia melihat di side mirror. ‘Nabil’ diam sahaja di belakang.

Suasana jadi sunyi seketika. Syahir dan Fiq mula berasa meremang bulu roma. Fiq cuba melaraskan cermin belakang kerana dia tidak mahu melihat imej patung itu. Syahir putar radio ke stesen IKIM FM dan bacaan surah Al-Quran kedengaran di speaker. Syahir berharap bacaan Al-Quran itu boleh menghalau syaitan yang berada di jasad Nabil.

Tapi malangnya stesen IKIM FM terus bertukar ke stesen lain. Syahir cuba mencari semula namun stesen radio asyik bertukar-tukar walaupun Syahir tidak menekan apa-apa. Tiba-tiba radio mati. Syahir cuba hidupkan balik tapi radio itu  sudah tidak berfungsi lagi.

Syahir dan Fiq memandang sesama sendiri. Dalam hati masing-masing sudah membaca surah-surah lazim dan berharap tiada perkara tidak diingin berlaku. Keadaan di dalam kereta jadi begitu sunyi.

“Mana perempuan itu?” – Nabil

Tiba-tiba suara ‘Nabil’ memecahkan kesunyian itu.

“Er… Saya nak bawa awak pergi jumpa dia la ni. Awak sabar ye.” – Fiq

Syahir pelik dengan jawapan Fiq. ‘Nabil’ kembali membisu. Syahir memandang Fiq dengan muka hairan.

“Fiq. Apa dia cakap tu? Perempuan mana ni?” – Syahir
“Kawan dia. Maksud aku kawan patung tu. Pakcik tu  cakap sebenarnya ada roh yang menyerap masuk di dalam patung ni. – Fiq
“Hah kenapa boleh jadi macam tu? – Syahir
“Dulu ada orang buat pemujaan kat Highland Tower. Diorang puja menggunakan patung manikin. Diorang puja sebab mahukan kemewahan. Namun roh yang diorang puja tu adalah mangsa runtuhan bangunan itu dulu. Dan mayatnya masih belum dijumpai lagi.” – Fiq
“Lah yeke. Takde keje betul. So dapat ke diorang punya permintaan?” – Syahir
“Tak. Malah diorang ditimpa bala. Pakcik tu cakap mereka perlu tunaikan permintaan patung itu dahulu sebelum permintaan diorang ditunaikan. Tapi permintaan patung itu sukar bagi mereka untuk tunaikan kerana patung itu mahu berjumpa kawan perempuan dia yang duduk di blok 2 Highland Tower.” – Fiq
“Hah yeke. Habis apa yang jadi pada diorang?” – Syahir
“Mereka sekarang sudah tiada di alam kita lagi. Terperangkap antara dunia bunian.” – Fiq
“Jadi kalau kita tak bawa patung jumpa kawan dia tu, Nabil pun akan dibawa ke dunia bunian? – Syahir
“A’’ah. Jadi kita kena cepat.” – Fiq
“Mana kita nak cari kawan perempuan dia tu?”– Syahir
“Nanti sampai sana aku cerita kat kau. Pakcik tu dah ajar aku.” – Fiq
“Hah? Bagitau je la.” – Syahir
“Tak boleh. Patung tu ada kat belakang kita. Dia tak boleh tahu.” – Fiq
“Macam tu pula. Ish itulah aku dah cakap kat Nabil jangan cari patung tu. Degil.” – Syahir
“Jangan cakap macam tu. Yang penting kita kena selamatkan Nabil dulu.” – Fiq
“Dia dari dulu suka menyusahkan orang la.” – Syahir

05.40 AM– Highland Tower

Kereta sudah sampai ke pintu pagar Highland Tower. Pintunya terbuka seperti ingin menjemput mereka. Mereka bertiga turun dari kereta. Fiq membawa kameranya manakala Syahir mengambil lampu torchlight di bonet kereta. ‘Nabil’ keluar dan berjalan menuju blok 2. Fiq terus kejar ‘Nabil’.

“Kejab awak. Saya tahu di mana kawan awak tu. Awak ikut kami. Kami bawakan kawan awak itu nanti.” – Fiq

‘Nabil’ hanya diam sahaja seolah-olah dia setuju. Fiq berjalan ke arah Syahir

“Jom Syahir. Kita pergi rumah tingkat 4 tu. Ingat kalau kita jumpa patung tu, Jangan suluh mukanya.” – Fiq
“Mana kita nak cari kawan dia tu? Bagitahulah.” – Syahir
“Nanti dulu. Dah sampai atas baru aku bagitau. Cepat kita takde masa lagi ni. Hari dah nak cerah.” – Fiq

Syahir dan Fiq terus berjalan dan naik ke tingkat 4. ‘Nabil’ hanya mengikut mereka dari belakang. Keadaan d blok 2 masih gelap. Mereka berhati-hati semasa berjalan kerana takut tersuluh muka patung itu. Kadang-kadang semasa mereka berjalan, mereka terdengar bunyi mengilai. Dalam ketakutan mereka tetap teruskan perjalanan demi menyelamatkan ‘Nabil’. Apabila mereka sampai ke tingkat 4. Mereka mencari rumah yang di katakan ada patung itu.

“Kat mana rumah tu?” – Syahir
“Aku rasa dekat pintu yang ketiga tu.” – Fiq
“Ok kau jalan dulu. Aku jaga kau dari belakang.” – Syahir
“Banyaklah kau. Jom cepat kita masuk.” – Fiq
“Kau jalanlah dulu. Aku jaga kau dari belakang.” – Syahir
“Kaki kau dah mengigil ni kenapa? Takut?” – Fiq
“Ah diamlah. Cepatlah pergi masuk.” – Syahir

Sedang Syahir dan Fiq berbincang, ‘Nabil’ berjalan dan masuk ke dalam rumah itu. Syahir dan Fiq hairan.

“Eh kenapa dia terus masuk rumah tu?” – Syahir
“Entahlah. Jomlah kita masuk. Dah takda masa lagi ni.” – Fiq
“Eh jangan, takut itu perangkap dia.” – Syahir
“Habis kau nak tunggu kat sini je?” – Fiq
“Errrr… tak tau. Aku takut.” – Syahir
“Dahlah jom masuk! “– Fiq

Syahir dan Fiq menuju masuk ke dalam rumah itu. Rumah itu sangat gelap dan  banyak kayu berselarak di lantai. Mereka berdua menyuluh dengan berhati-hati agar tidak tersuluh muka patung itu. Di dalam rumah itu ada beberapa pintu bilik. Mereka ternampak ada satu bilik di tulis nama Fakri.

“Eh ko tengok kat pintu bilik tu, ada nama Fakri. Agak-agak patung tu ada kat situ ke?“ – Syahir
“Jom kita pergi tengok. Ingat suluh tu hati-hati” – Fiq
“Kau masuklah dulu. Aku jaga ko dari belakang.” – Syahir
“Penakut betullah ko ni.” -  Fiq

Fiq perlahan-lahan buka pintu bilik itu. Bilik itu agak gelap. Fiq menyuluh bawah lantai mencari sesuatu. Tiba-tiba dia tersuluh sesuatu menyerupai kaki. Perlahan-lahan dia menyuluh ke atas dan kelihatan ada satu susuk badan diperbuat daripada kayu sedang duduk di kerusi. Fiq menyuluh ke atas dan hampir terlihat wajahnya. Syahir cepat-cepat menangkap tangan Fiq dan menyuluh semula lampu ke lantai.

“Ish kau ni tadi suruh hati-hati. Sikit lagi kau nak suluh muka patung tu.” – Syahir
“Yeke? Aku tak nampak sangat sebenarnya. Aku kan rabun jauh.” – Fiq
“Dah sekarang kita dah jumpa patung tu. Habis nak buat apa?” – Syahir
“Nabil mana?” – Fiq
“A’ah aku tak perasaan pula. Gelap sangat tak nampak.” – Syahir
“Ah sudah takkan dia dah hilang?” – Fiq

Syahir dan Fiq mula risau kerana sudah hilang jejak Nabil. Jam menunjukkan pukul 06.10 AM. Mereka sudah kesuntukan masa.

“Alah mana pula si Nabil ni? Hilang pula dia.” – Fiq
“Ish dia ni dah kena rasuk pun menyusahkan orang lagi la.” – Syahir

“Mana perempuan itu!” – Nabil

Syahir dan Fiq terkejut mendengar suara itu. Mereka mendapati suara itu datang dari arah patung. Mereka menyuluh perlahan di lantai dan mendapati ‘Nabil’ sedang duduk di belakang patung itu.

“Hah itu pun dia. Syahir kau tunggu sini kejab, aku nak turun ke tingkat 3.” -  Fiq
“Eh kenapa pula. Aku ikut sekali la.” – Syahir
“Jangan. Kau jaga sini. Jangan bagi ‘Nabil’ hilang lagi. Tunggu aku pergi sekejab je.” – Fiq
“Kau nak turun buat apa?” – Syahir
“Aku nak bawa kawan patung tu.” – Fiq
“Hah apa?” – Syahir

Fiq terus berlari ke bawah meninggalkan Syahir bersama patung dan Nabil. Fiq pergi ke tingkat 3 dan menuju ke bilik yang mereka lepak dulu. Dia ingat di dalam rumah itu ada satu almari yang sudah reput. Apabila dia sampai ke rumah itu, dia jumpa almari yang dicari.

“Hah ada pun almari ni. Betullah apa yang pakcik tu cakap.” – Fiq

Fiq membuka almari itu dan di dalamnya ada beberapa helai jubah wanita. Fiq ambil satu jubah putih dan naik ke tingkat 4 semula. Apabila Fiq sampai ke rumah tingkat 4 itu, dia memanggil Syahir keluar dari bilik Fakri.

“Syahir. Aku ada benda nak minta kau buat.” – Fiq
“Apa dia? Mana kawan perempuan dia tu?” – Syahir
“Dia memang tak ada. Pakcik tu cakap kawan dia tu sudah lama meninggal dunia.” – Fiq
“Habis kalau dia tak ada macam mana kita nak tunjuk kawan dia tu?” – Syahir
“Pakcik tu cakap kawan dia dulu tinggal kat bilik kita lepak tu.” – Fiq
“Jadi ko buat apa kat situ?.” – Syahir
“Nah kau ambil jubah ni.” – Fiq
“Hah? Nak buat apa?” – Syahir
“Pakcik tu cakap jubah ni kepunyaan kawan perempuan dia tu. Jadi mesti patung itu kenal jubah ni.” – Fiq
“Habis kenapa kau bagi aku jubah ni?” – Syahir
“Pakailah.” – Fiq
“APASAL PULA AKU KENA PAKAI!” – Syahir
“Sebab rambut kau panjang. Nampak macam perempuan. Kau kena menyamar sebagai kawan perempuan dia tu.” – Fiq
“KENAPA NAK KENA MENYAMAR PULA!” – Syahir
“Dah itu permintaan patung tu. Kalau kita tunaikan permintaan dia, nanti dia akan tunaikan permintaan kita untuk pulangkan Nabil.” – Fiq
“AKU LEBIH RELA TAK JUMPA NABIL DARI PAKAI JUBAH NI!” – Syahir
“Ish janganlah macam tu. Nabil tu tetap kawan kita.” - Fiq
“KENAPA TAK KAU JE YANG PAKAI!” – Syahir
“Kau tak nampak jambang macho aku ni? Kantoi la kalau aku yang pakai” – Fiq
“PERGILAH SHAVE!” – Syahir
“Dah kita tak ada masa lagi. Hari dah nak cerah ni. Cepat lah pakai!” – Fiq
“AHH! SETAN BETUL. KAU NI NABIL TAK HABIS-HABIS MENYUSAHKAN AKU!” – Syahir

Syahir pun memakai jubah wanita itu dengan perasaan yang marah. Fiq melihat jam sudah menunjukkan pukul 06.30 AM. Mereka tidak ada masa lagi. Selepas Syahir memakai jubah itu, mereka berdua masuk ke dalam bilik Fakri. Fiq suruh Syahir berdiri di depan patung itu.

“Ok Syahir kau berdiri je kat situ. Biar aku uruskan. Kau jangan bersuara tau. Nanti kantoi” - Fiq

Syahir pandang muka Fiq dengan penuh kebencian. Fiq mula mendekati patung itu dan menutup lampu torchlight agar patung itu tidak perasan kawan perempuan dia itu adalah Syahir.

“Awak, saya dah bawa kawan awak ni. Dia ada di depan awak.” – Fiq

‘Nabil’ yang duduk di belakang patung itu terus berdiri. Dia berjalan ke depan mendekati Syahir. Syahir mula rasa tidak selesa bila ‘Nabil’ mendekati dia. ‘Nabil’ berdiri di depan Syahir dan cuba memandang muka Syahir.

“Awak. Ini adalah kawan awak. Awak dah lupa ke jubah tu awak belikan untuk dia.” – Fiq

Apabila mendengar kata-kata Fiq itu, ‘Nabil’ cuba menyentuh jubah yang dipakai oleh Syahir. Dia seolah-olah cuba mengenalpasti jubah itu. Syahir makin rasa tidak selesa. Tiba-tiba ‘Nabil’ memeluk Syahir.

“Amirah. Sudah lama kita tidak jumpa. Saya betul-betul rindu kat awak.” – Nabil

Syahir berasa sangat loya bercampur benci. Dia cuba menolak Nabil namun tidak terdaya kerana badan Nabil agak besar dan pelukannya sangat kuat. Fiq terkejut melihat adegan itu. Namun dia berasa agak senang kerana patung itu terpedaya dengan helah mereka.

Syahir cuba untuk marah namun dihalang oleh Fiq. Fiq menasihati Syahir supaya bersabar demi mengembalikan roh Nabil. Syahir terpaksa akur namun wajahnya penuh dengan kebencian.

“Jadi awak sudah jumpa kawan awakkan? Boleh tak awak pulangkan balik kawan kami?” – Fiq
“Baiklah. Terima kasih kerana bawakan kawan saya.” – Nabil
“Sama-sama. Mesti awak rindu sangat dengan kawan awak tu.” – Fiq

Apabila mendengar kata-kata Fiq tu, ‘Nabil’ lagi sekali memeluk erat Syahir dan mencium pipinya. Syahir pandang Fiq dengan penuh dendam.

“Er awak, boleh tak pulangkan kawan kami?” – Fiq

Nabil masih memeluk erat Syahir. Syahir makin hilang sabar.

“Er awak. Tolong pulangkan kawan kami. Kami dah tunaikan permintaan awak.” – Fiq

Nabil masih lagi memeluk Syahir. Suasana menjadi janggal. Syahir sudah tidak dapat menahan sabar lalu menolak ‘Nabil’ ke lantai.”

“SUDAHLAH BODOH!” – Syahir
“Bodoh Syahir apa kau buat. Sabarlah kejab. Rosak rancangan kita.” – Fiq
“KAU DIAM! AKU TAK BOLEH SABAR LAGI. DIA DAH LEBIH SANGAT!” – Syahir
“Sabarlah! Kita dah nak berjaya tadi. Tengok sekarang semua hancur!” – Fiq

Syahir terdiam sekejab. Dia baru sedar kesilapannya. Fiq terduduk di sebelah Nabil yang terbaring di lantai. Syahir mula rasa bersalah. Kerana kurang kesabaran, dia telah kehilangan kawannya Nabil. Walaupun Syahir dan Nabil selalu bergaduh, mereka tetap berkawan baik.

Namun ketika ini Syahir sedar yang Nabil sudah tiada lagi. Teman bergaduh dia tidak akan kembali. Dia telah terlepas peluang untuk menyelamatkan kawannya kerana tiada sifat penyabar.

Fiq termenung di sebelah Nabil. Dia cuba kejutkan Nabil namun dia masih tidak sedarkan diri. Matahari sudah mula naik dan bilik sudah mula cerah.  Syahir terduduk di sebelah Nabil.

“Maafkan aku Nabil. Maafkan aku…” – Syahir

Syahir mula mengeluarkan air mata. Fiq hanya memandang Syahir.

“Maafkan aku Nabil. Aku sepatutnya selamatkan kau. Aku tak pernah benci kau Nabil…” – Syahir
“Sudahlah Syahir. Ni salah aku juga. Kalau aku tak bawa korang datang sini tak jadi benda ni.” – Fiq

Syahir menangis di tepi Nabil. Fiq cuba memujuknya. Cahaya mula memancar dari tingkap bilik itu. Suasana jadi terang. Tiba-tiba Nabil terjaga dan bangun. Syahir dan Fiq terkejut. Wajah Nabil sedikit mamai.

“Err.. Aku kat mana ni?” – Nabil
“NABIL!” – Syahir dan Fiq

Syahir dan Fiq terus memeluk Nabil. Mereka gembira Nabil sudah kembali.

“Akhirnya kau selamat Nabil” – Fiq
“Selamat? Apa kau cakap ni?” – Nabil
“Roh kau kena ambil dengan patung tadi?” – Syahir
“Hah? Roh aku? Apa korang merepek ni?” – Nabil
“A’ah kita dah ambil semula roh kau. Syukur kau dah selamat.” – Fiq
“Ish kenapa dengan korang ni? Khurafat betul.” – Nabil
“Takpe Nabil. Yang penting kau selamat.” – Syahir
“Eh kejab. Syahir kenapa kau pakai jubah perempuan ni?“ – Nabil
“Hah? Eh tak ni sebab aku nak selamatkan kau tadilah.” – Syahir
“HAHA SEJAK BILA KO JADI PONDAN NI? HAHA!” – Nabil
“CELAKA KAU!” - Syahir

Nabil gelakkan Syahir sekuat hati. Syahir cepat-cepat tanggalkan jubah itu. Fiq cuba terangkan peristiwa tadi namun Nabil masih tidak percaya. Nabil dan Syahir bergaduh dan bertumbuk. Fiq cuba menghalang tapi dia lega Nabil sudah selamat. Dia bersyukur kerana masih dapat lihat Syahir dan Nabil bergaduh lagi.. Fiq sempat merakam detik-detik Nabil memeluk Syahir dengan menggunakan fungsi Night Vision dari kameranya. Dia mahu simpan rakaman itu sebagai kenangan dan juga bahan untuk ketawa.

Ketika itu mereka baru sedar yang patung itu sudah hilang di kerusi. Kehilangannya menjadi misteri. Mereka berharap pemintaan patung itu sudah tertunai dan tidak menganggu sesiapa lagi yang datang ke Highland Tower.

Ini mungkin kali terakhir mereka datang melawat Highland Tower.

Tamat.

P/S: Kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena antara yang hidup atau pun yang meninggal dunia. Jika ada persamaan ia adalah secara kebetulan. Kami dari Pensel Studio mengucapkan terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami untuk menulis kisah ini.

#seram #penselstudio
PenselStudio@AllRightReserved

No comments:

Post a Comment