adss 2

Saturday, 2 April 2016

Highland Tower Bahagian 1

#kisahseram Highland Tower

Bahagian 1 – Lawatan 

10.30 PM - Rumah Sewa.

“Woi Nabil. Cepatlah siap. Kitorg nak gerak ni.” – Fiq
“Aku cancel la. Tak jadi ikut korg.” – Nabil
“Babi tadi ko jugak yang ajak kitorg. Ni tak jadi plak.” –Syahir
“Aku rasa tak sedap hati plak malam ni. Hari lain lah kita pergi.” – Nabil
“Ah takyah nak mengada. Cepat siap. ” – Fiq

Syahir dan Fiq menyepak Nabil yang sedang main game CounterStrike di biliknya. Mereka memaksa Nabil bersiap untuk pergi melawat Highland Tower. Memang sudah lama mereka bertiga merancang untuk melawat ke tempat yang berhantu itu.

Mereka bertiga merupakan pelajar di UiTM Shah Alam. Mereka menyewa di rumah sewa yang sama. Oleh kerana esok cuti, mereka bertiga bertolak ke Highland Tower menaiki kereta BMWira kepunyaan Fiq. (BMWira adalah panggilan kereta Proton Wira oleh Fiq)

12.00 AM – Highland Tower.

Fiq parking kereta BMWira nya di depan pagar Highland Tower.

“Akhirnya jejak juga aku kat Highland Tower ni. Padahal dekat je dengan rumah aku.” – Syahir.
“Bapak ah gelap gila kat sini.” – Nabil
“Nah amik sorang satu torchlight. So apa plan kita ni?” – Fiq
“Macam mana nak masuk ni? Pagar dah kena kunci.” – Nabil
“Orang selalu panjat tepi pagar tu.” – Syahir
“Ok jom kita masuk. Camera aku dah ready. – Fiq
“Bismillah….. “ – Nabil

12.30 AM – Block 2 Highland Tower

Mereka bertiga terus panjat masuk ke dalam Highland Tower. Di depan mereka kelihatan dua bangunan yang sudah usang dan penuh dengan daun-daun pokok. Tanah yang mereka jejaki berlecak seperti baru sahaja hujan turun.  Fiq terus merakam perjalanan mereka dan berharap dapat merakam gambar hantu.

“Kita nak masuk blok mana ni?”– Syahir
“Blok mana yang paling seram?” – Nabil
“Kita masuk blok depan kita ni je la. Takyah pegi jauh-jauh.– Fiq
“Hah block 2 depan ni selalu ada matpet buat projek.” – Syahir
“Matpet takpa, jangan keluar pocong ka pontianak ka.” –Nabil
“Woi jangan celupar mulut tu!” – Fiq dan Syahir
“Ek eleh korang datang sini pun nak cari hantu kan – Nabil
“Diamlah!” – Fiq dan Syahir

01.00 AM - Tingkat 3 Block 2 Highland Tower.

Mereka bertiga naik ke tingkat tiga. Suasana sangat gelap dan sunyi. Mereka berjalan berbekalkan cahaya lampu torchlight. Dinding-dinding banyak di conteng oleh matpet.

‘Selamatkan saya.’
‘I'm dead!’
'I love Mun’

Itu sebahagian tulisan yang di conteng di dinding-dinding. Ada tulisan yang sukar difahami. Ada logo-logo yang memberi simbol seperti ahli gengster. Mereka bertiga terus berjalan ke satu bilik dan mendapati di dinding itu ada lakaran seperti syaitan.

“Mesti ada orang puja hantu kat sini.” – Nabil
“Yup aku pernah dengar yang tempat ni memang senang panggil hantu. – Syahir
“Buat apa diorg panggil hantu kat sini? – Fiq
“Ntah le. Minta nombor ekor kot. – Syahir
“Kita duduk rehat kat sini dulu la. Penatlah..” – Nabil
“Baru tiga tingkat dah penat?” - Syahir
“Betul gak kita lepak sini dulu. Bukan ada apa pun kat atas tu kan” – Fiq

Mereka bertiga duduk berehat di bilik yang agak luas. Tiada sebarang perabot di situ. Cuma mereka di kelilingi oleh dinding yang penuh dengan contengan. Seakan mantera yang di tulis dan pelbagai wajah-wajah yang menakutkan dilukis di dinding-dinding itu.

01.35 AM – Bilik Tidur Block 2 Highland Tower

Mereka bertiga masih duduk di bilik itu sambil berborak.

“Agak-agak apa yang di maksudkan dengan gambar-gambar setan ni?” – Nabil
“Ntah. Ko tanya Syahir. Dia orang sini mesti tau. – Fiq
“Aku pun tak tau maksud gambar tu. Tapi aku pernah dengar kisah seorang penghuni blok ini menceritakan pengalaman dia semasa blok 1 tu runtuh.” – Syahir
“Hah betul ke? Cer citer cer citer – Fiq dan Nabil
“Yang cerita itu perempuan. Dia masa tu sedang baca buku kat biliknya. Hujan masa tu lebat. Oh ya orang cakap dia tinggal kat tingkat tiga.”– Syahir
“Tingkat tiga? Ntah-ntah ni bilik dia tak? – Fiq
“A’ah rumah dia nombor berapa? – Nabil
“Yang tu aku tak sure pula. So dipendekkan cerita, ketika perempuan tu baca buku, dia terdengar bunyi yang sangat kuat dan bilik dia bergegar seketika. – Syahir
“Blok 1 tu runtuh ke?” – Fiq
“Yup. Blok 1 tu runtuh pada waktu tengahari. Korang agak apa yang berlaku kat blok ni? – Syahir
“Mesti kecoh gila kan?” – Nabil
“Mesti semua orang lari selamatkan diri.” -  Fiq
“Yup masa tu blok 2 ni jadi huru-hara. Korang bayangkan bila korang tahu bangunan sebelah ko runtuh, mesti korang rasa bangunan ni pun akan runtuh.”- Syahir
“Kalau aku confirm lari pecut. Siapa yang ada mak ayah yang dah tua mesti jiwa gundah-gulana – Nabil
“Dia kata masa tu ramai orang jerit ketakutan. Risau yang bangunan ni akan runtuh. – Syahir
“Habis perempuan yang ko cakap tu mana sekarang? – Fiq
“Dengar kata dia sudah meninggal dunia.” – Syahir

02.25 AM – Bilik Tidur Block 2 Highland Tower

Mereka bertiga masih duduk di bilik itu sambil bersembang.

“Tak seram pun kisah ko tu.” – Nabil
“Bila masa plak aku buat kisah seram?” – Syahir
“La kita kat Highland Tower ni mestilah kena story yang seram-seram.” – Nabil
“Hah aku ada satu kisah seram pasal Highland Tower ni.” – Fiq
“Cer citer cer citer.” - Syahir dan Nabil.
“Aku pernah dengar kat Highland Tower ni ada patung manikin yang berhantu.” – Fiq
“Patung manikin? Apa tu?” – Nabil
“Alah yang patung orang ko tengok kat kedai baju tu. “ – Fiq
“Owh patung tu. Kenapa dia berhantu plak?” – Nabil
“Orang kata patung tu dirasuk oleh roh yang tak tenteram kat sini. Orang pernah nampak patung tu bergerak sendiri.” – Fiq
“Betul ke? Aku tak pernah dengar pun?” – Syahir
“Betul tu aku tak sure lah, aku dengar orang cakap je. Tapi orang kata kalau kita terjumpa patung tu kat sini, jangan pandang matanya.” –Fiq
“Kenapa?” – Nabil
“Sebab nanti ko tak boleh balik. Dia akan tahan roh ko kat sini.” Fiq
“Nampok benor nipunye – Syahir
“Kaki tengok DVD ni.” – Nabil
“Siotlah korang ni.” - Fiq

Tiba-tiba hujan turun di luar blok 2.

“Eh hujanlah. Macam mana nak balik?” – Fiq
“Kita redah je lah.” - Syahir
“Eh jangan, kat luar tu gelap duh. Nanti jatuh pula nak turun cerun tu. Mesti tengah basah lecak kt luar tu.” – Nabil
“Ish takkan ko nak tunggu kat sini lagi. – Syahir
“Jom kita naik atas lagi. Dari tadi kita duduk sini tak buat apa-apa.” - Fiq
“Ok lah jom kita siar-siar dulu. Baru pukul 02.30 AM.” –Syahir
“A’ah boleh kita cari patung tu sekali kan.” – Nabil

BANG!

Tiba-tiba mereka mendengar sesuatu yang sangat kuat. Bilik mereka bergegar seketika…

BERSAMBUNG...

#seram #hantu #penselstudio
penselstudio2016@allrightsreserved

No comments:

Post a Comment