#kisahseram Highland Tower
Bahagian 2 – Misteri Runtuhan.
02.30 AM -Bilik Tidur Block 2 Highland Tower.
BANG!
Tiba-tiba mereka mendengar sesuatu yang sangat kuat. Bilik mereka bergegar seketika. Seperti ada sesuatu yang runtuh di luar sana.
"Bunyi apa tu wei! kuat gila!" - Fiq
"Macam bunyi tanah runtuh kat luar sana!" - Nabil
"Eh aku macam dengar bunyi bangunan runtuh. Bergegar kuat sampai ke sini."-Syahir
"Ish takkan la. Ni mesti tanah runtuh sebab hujan lebat." - Nabil
"Jom kita keluar tengok." - Fix
Mereka bertiga keluar dari bilik itu dan terus berjalan di koridor bangunan itu. Mereka berjalan hingga ke hujung koridor dan masuk ke dalam rumah yang tertulis nombor 319. Mereka tinjau keadaan luar dari tingkap bilik rumah itu.
"Gelap la kat luar ni. Tak nampak apa-apa." - Syahir
"Cuba ko suluh lampu kat hujung tu." - Nabil
"Jangan duh, nanti tersuluh benda lain pula. Dah la hutan kat belakang ni." - Fiq
"Eh macam tak ada kesan tanah runtuh pun. Bunyi apa tadi?" - Nabil
"Aku tak rasa gegaran tadi dari tanah runtuh. Dia macam ada sesuatu yang besar jatuh menghempap bumi. Macam bangunan yang runtuh." - Syahir
"Kalau ada bangunan runtuh mana dia? Blok 3 ada berdiri tegak kat situ." - Nabil
"Tapi betul juga kata Syahir tu. Kalau tanah runtuh mesti ada gegaran kecil dulu." - Fiq
"Ya Allah mana ada bangunan runtuh! Tengok depan tu hutan je! Blok 3 pun sebelah tu! - Nabil
Tak! Tak! Tak!
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi di atas dinding. Seperti bunyi tapak kaki yang sedang berlari.
"Eh ada orang ke atas ni? - Nabil
"Ish aku dah naik seram ni." - Fiq
"Ntahlah. Ni mesti ada matpet lepak kat atas tu." - Syahir
"Jom pergi tengok. Mungkin diorg yang buat bunyi bising ni." - Nabil
"Tak payahlah. Bahaya la nanti. - Syahir
"Ambil sorang kayu ni. Dah jom pegi tengok." - Nabil
"Ikut je la Syahir. Kat luar masih hujan lagi. Insyallah takde apa-apa berlaku." - Fiq
03.05 AM - Tingkat 4 Block 2 Highland Tower
Mereka bertiga naik ke tingkat 4. Keadaan sangat gelap. Mereka berjalan perlahan-lahan sambil menyuluh lampu torchlight. Tiap-tiap rumah mereka periksa namun tiada tanda ada kehadiran orang di sini.
"Tak ada sesiapa kat sini. Korang dengarkan ada bunyi orang berlari tadi?" - Nabil
"A'ah aku dengar juga. Bunyi dia macam ramai orang." - Fiq
"Monyet agaknya kan? Sini kan hutan." _ Syahir
"Boleh jadi juga. Eh Fiq dari tadi ko pegang camera. Ko rakam tak bunyi tadi? " - Nabil
"Eh aku lupa nak off camera. So dari tadi aku asyik rakam la." - Fiq
"Hah baik ko play balik video ko rakam tadi." - Syahir
"Ok jab." - Fiq
Fiq buka menu di kamera DSLR dia dan mencari video yang dirakam tadi. Nabil menyuluh sedikit cahaya ke arah screen monitor DSLR agar Fiq nampak butang yang ditekannya. Fiq tekan butang play dan video pun bermula. Screen di monitor menunjukkan imej Nabil dan Syahir berborak di bilik tadi. Diselangi imej Fiq yang diambil sendiri.
"Ni masa kita berborak kat bilik tadi." - Syahir
"Cuba ko forward sikit. Forward masa kita dengar bunyi tadi." - Nabil
"Sabar. Ni dah nak sampai masa kita dengar bunyi tu." - Fiq
Mereka bertiga khusyuk meniliti video yang dirakam tadi. Mereka menunggu dengan penuh sabar.
"Bang!."
"Bunyi apa tu wei! kuat gila!"
"Eh aku macam dengar bunyi bangunan runtuh. Bergegar kuat sampai ke sini."
"Ish takkan la. Ni mesti tanah runtuh sebab hujan lebat."
"Jom kita keluar tengok."
Imej perbuatan mereka 10 minit yang lalu terus bermain di screen monitor DSLR itu. Kelihatan imej Syahir dan Nabil berjalan di koridor tingkat 3 yang agak samar-samar kerana gelap.
"Tolong! Bangunan nak runtuh!"
"Lari cepat semua orang! Cepat turun kebawah! Bangunan nak runtuh!"
"Lari selamatkan diri masing-masing!
"AHHHHH!"
"Tolong!"
Kedengaran suara orang menjerit ketakutan semasa video itu dimainkan. Mereka bertiga terkejut dan memandang sesama sendiri.
"Ma.. Mana datang suara ni...?" -Fiq
"Er... Aku tak tahu..." - Syahir
"Ish! Suara siapa ni? Tadi kita tak dengar apa-apa kan!" - Nabil
"Aku memang tak dengar apa-apa suara pun tadi. Kenapa boleh record dalam ni?" - Fiq
"Ish dahlah jom kita balik. Aku tak sedap hati ni." - Syahir
"Ni semua salah ko Syahir." - Nabil
"Eh apahal plak?" - Syahir
"Sebab ko cerita kisah perempuan tu, dia dah jadi betul dah." - Nabil
"Aku mana tau bodoh! Korang juga suruh aku cerita kan!" - Syahir
"Eh guys! Cuba tengok ni." - Fiq
Fiq pause video yang dimainkan. Dia pause video disaat mereka periksa setiap rumah di tingkat 4. Imej di screen monitor itu menunjukkan satu pintu rumah dan terdapat sesuatu yang mengintai mereka di balik pintu itu.
"Ko nampak tak apa kat balik pintu ni?" - Fiq
"Ish apa ni? Aku nampak macam kepala la." - Syahir
"A'ah dia macam mengintai kita." - Fiq
"Mesti patung tu." - Nabil
"Hah! A'ahlah. Baru perasan kepala dia tak ada rambut. - Fiq
"Ish! Tadi kita tak nampak patung ni kan." - Syahir
"Kalau cerita perempuan tu jadi betul. Ko tak rasa cerita patung tu boleh jadi betul? - Nabil
"Eh dahlah jom balik. Aku tak mau duduk sini lagi." - Syahir
"A'ah cukuplah sampai sini. Kita balik je la." - Fiq
"Kejab. Biar aku check balik dalam rumah tu. Ada tak patung tu." - Nabil
"Ah ko jangan nak buat hal. Takyah nak tunjuk berani sangat." - Fiq
"Sekejab je. Kalau korang takut takyah ikut." - Nabil
"Tak payahlah Nabil. Balik je la." - Syahir
Nabil terus berjalan menuju rumah yang dipercayai ada patung itu. Syahir dan Fiq tidak dapat menahan Nabil yang begitu ingin tahu kewujudan patung itu. Mereka melihat Nabil masuk ke dalam rumah. Keadaan di luar masih hujan lebat.
Jam menunjukkan pukul 03.45 AM. Nabil masih belum keluar dari rumah itu.
"Nabil! Dahlah tu jom lah balik!" - Fiq
"Ish Nabil ni suka lah buat hal." - Syahir
"Jomlah kita pergi tengok dia. Lama sangat dia kat dalam tu." - Fiq
"Ish aku macam tak beranilah. Kejab lagi dia keluarlah tu." - Syahir
"Aih bodohlah si Nabil ni." - Fiq
"Siapa bodoh!
Kata Nabil yang sedang berada di belakang mereka. Syahir dan Fiq terkejut.
"Woi bodoh! terkejut kitorg. Bila ko ada kat belakang kita? - Fiq
"Aku dari tadi ada kat belakang korang. Owh ko panggil aku bodoh ye! - Nabil
"Ko memang bodoh! Tak payahlah terkejutkan kitorg sial." - Syahir
"Haha rilek r. Dah lah jom balik. Dah pucat muka korang aku tengok. Haha" - Nabil
"Pundek betol dia ni - Fiq
Mereka bertiga terus berjalan pulang menuruni tangga tingkat 4 itu. Sesekali Syahir dan Fiq sepak Nabil sebab buat mereka terkejut. Nabil hanya ketawa kerana dapat kenakan mereka. Mereka berjalan menuju tangga di hujung sekali.
Sedang mereka berjalan, mereka tidak perasan ada sesuatu mengintai dari belakang mereka.
Mengintai dari rumah yang dikatakan ada patung itu.
Mengintai dengan pandangan mata yang merah.
Kepala patung itu kembali mengintai mereka....
BERSAMBUNG...
#seram #hantu #penselstudio
penselstudio2016@allrightsreserved
No comments:
Post a Comment