1. Buat blog & jual
Mungkin cara ini adalah cara paling mudah kerana anda tidak perlu menunggu lama untuk menjana pendapatan. Hanya siapkan sebuah blog yang lengkap kemudian terus jualkannya di forum-forum internet atau di portal website flipping. Cuma pastikan blog yang anda siapkan itu mantap dari segi kandungannya dan “niche” yang hanyat di pasaran.
2. Buat blog & sewa ruangan iklan
Cara ini memang sering digunakan oleh blogger-blogger tegar. Mereka menyediakan ruang iklan di beberapa sudut blog mereka dan sewakannya kepada pengiklan-pengiklan yang berminat. Bagi sebuah blog yang popular, pengiklan akan cari bloggers, apa perlu bloggers buat ialah cuma tarik traffic sahaja…
3. Buat blog & monitize
Jika anda tidak tahu apa itu monitize, ia merupakan teknik dimana bloggers hanya perlu buat blog dan pasangkan code iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tampatan dan luar negara. Kemudian iklan-iklan akan terpapar berdasarkan bid tertinggi dari pengiklan-pengiklan. Terdapat pelbagai pengiklanan yang boleh dipilih sekarang ni namun pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda. Yang paling diketahui ramai adalah Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan banyak lagi lah…
No comments:
Post a Comment