adss 2

Wednesday 4 January 2017

Nur Farihan: Kisah Saya Dari 100kg Ke 58kg.

Seperti orang lain (yang mempunyai masalah obesiti) saya juga punya keinginan untuk menurunkan berat badan. Cita-cita untuk kurus sudah lama ada, sejak dibangku sekolah lagi. Namun kalau cuma pasang impian tapi tiada usaha memanglah tak ada hasilnya.

Saya sering berpendapat, mustahil untuk kurus kerana memang sejak kecil saya berbadan bulat. Setiap kali balik kampung saya akan ditegur dan diperli orang tentang saiz badan saya. Perasaan sedih dan marah tu pastilah ada. Tapi apa boleh buat, saya telankan saja. Berat badan saya makin bertambah setiap tahun hingga mencecah ke angka 100kg lebih. Baju dan seluar bukan senang nak cari, kalau ada pun tak banyak pilihan.

Tahun 2009 saya pernah cuba untuk kurus. Ibu bapa saya yang menyuruh saya bersenam kerap. Saya pergi ke gym tanpa ada ilmu langsung tentang bagaimana cara untuk bersenam dan berdiet dengan betul. Bayangkan, siang saya ke gym, malam pula saya makan dengan sangat banyak kononnya lemak dibadan dah disingkir sewaktu berada di gym.

Keputusannya? Memang saya tetap gemuk dan berat badan saya takpun turun. Waktu tu sangat kecewa dan saya rasa usaha saya langsung tak membuahkan hasil (walhal cara saya yang salah).

Awal tahun 2013, sekali lagi hati saya terdetik untuk kurus apabila secara tak sengaja saya terbaca tentang perkongsian kisah kejayaan menurunkan berat badan (di Facebook dan website Kevin Zahri).

Saya sangat teruja dan gembira dengan perkongsian mereka. Kadang tertanya-tanya juga, betul ke apa yang saya baca, seperti tak percaya ada orang yang berjaya turun berkilo-kilo hanya dengan menjaga makan dan bersenam.

Jadi bermula dari situ setiap hari saya memperbanyakkan bahan bacaan tentang cara untuk menurunkan berat badan dan cara untuk menjaga serta memilih pemakanan harian.

Amalan gaya hidup sebelum berubah? Fast food adalah antara tempat kegemaran saya. Pantang ada duit, saya akan laburkan pada makanan. Lebih-lebih lagi waktu di universiti dulu, makan memang salah satu dari hobi saya. Bayangkan setiap hari saya akan makan 2 bungkus nasi lemak berlauk ayam. Air manis tu semestinya perlu dan saya sangat gemar makan coklat. Sayur-sayuran lansung tidak dipandang.

Terima kasih cikgu Kevin!

kebanyakan info yang saya perolehi adalah melalui internet. Seperti di youtube, facebook dan blog-blog kesihatan seperti blog Kevin zahri. Masa tu saya terjumpa info di cekodok.com dan dari sini saya mula belajar mengira kalori seharian saya. Kemudian saya akan rajinkan diri untuk membaca segala soal-jawab tentang “diet sihat” di website & Facebook Kevin Zahri. Melalui pembacaan saya kumpul segala maklumat, saya catit mana yang penting. Jika ada persoalan yang saya tidak faham, saya akan bertanya terus beliau melaui email di laman Facebook.

Dan saya berterima kasih kepada cikgu Kevin kerana mewujudkan ruangankongsi kisah kejayaan di website beliau yang mana telah banyak menolong saya untuk menjadi lebih kuat dan bersemangat setelah membaca perkongsian dari sahabat-sahabat yang telah berjaya. Oleh sebab itu saya juga berazam ingin sama membantu & berkonsi pengalaman kepada kawan-kawan diluar sana yang ingin menurunkan berat badan.

Menu Diet yang Farihan amalkan?

Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’


Saya makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yg dimasak sendiri. saya lebih selesa masak sendiri dirumah berbanding makan diluar kerana kita boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya.
boleh kukus, grill, bakar, rebus :)

7am: Sarapan saya mkn roti wholegrain brsama telur sebiji. air green tea.
10am: Makan epal sebiji.
12pm: Lunch saya mkn nasi kurang segenggam, sayuran, ikan atau ayam bakar seketul.
3pm: Kunyah kekacang. sebab kcg mengandungi lemak baik.. dua baris jari tangan kita pun dah cukup (lebih kurang 10-12 biji)
6pm: Dinner pula brgantung pada rutin saya. kalau hari tu saya bersenam di gym saya akan minum susu bersama oat ATAU makan ayam/ikan brsama sayur.

Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan)

Senaman: Macam-macam!

Saya akan melakukan senaman seperti jogging, swimming, cycling, skipping, walking, tak kisah apa-apa pun setiap hari kecuali hujung minggu kerana waktu itu adalah hari untuk badan saya berehat.

Rutin senaman saya di gym pula ialah gabungan antara kardio dan weight lifting (angkat berat). Saya akui senaman angkat berat amat membantu dalam menurunan berat badan saya dan juga dapat mengelakkan kulit di bahagiaan tertentu menjadi lembik (menggelebeh) setelah penurunan berat badan. (selalunya di alami oleh mereka yang terlampau gemuk seperti saya)

…bila saya lihat kejayaan orang lain kurus tanpa produk kurus, saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan.


Tanpa Produk Kurus

Saya tidak mengambil sebarang produk kurus kerana kurang percaya. Tambahan pula, bila saya lihat kejayaan orang lain (kurus tanpa pengambilan pil atau produk kurus), saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan. Bagi saya, walaupun kita makan pil kurus kita masih perlu menjaga pemakanan dan juga bersenam. Maka saya pilih untuk melabur duit saya pergi ke gym daripada membeli produk/pil kurus.

5 Tip Mudah Untuk Kurus?

Tips ringkas dari segi pemakanan:

Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

Motivasi dan nasihat:

Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan mmbantu mmpercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga/dikawal sememangnya agak susah sedikit.Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).Rajin bertanya. Kalau tak faham, boleh bertanya atau boleh juga membaca di ruangan soal-jawab di website/facebook kevinzahri dan satu lagi website yg bagus iaitu SusuSejat.Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar.Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.

Alhamdulillah syukur. Hari ini saya tidak lagi berada di tahap obes seperti dahulu, namun masih banyak lagi yang perlu saya belajar.Masih banyak lagi yang saya tak tahu tentang dunia Fitness.

Saya suka bersenam dan kalau boleh saya nak mencuba pelbagai jenis sukan yang saya tak boleh buat sebelum ini (kerana faktor obes). Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengubah gaya hidup saya yang dulu kepada gaya hidup yang lebih aktif dan positif.

Jangan berfikir negatif … “Everybody have their own struggles”


Apa-apapun, tidak bermakna orang yang berbadan ‘besar’ itu tidak sihat. Saya yakin kita semua mahukan kehidupan yang lebih baik.

Jangan berfikir negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain. “Everybody have their own struggles”. Sedangkan kita pun tidak begitu sempurna. Sama-sama kita saling bantu membantu dan sentiasa bercakap perkara-perkara yang positif.

CARA NAK CANTIK MACAM ARTIS KOREA SAMPAIKAN AWEK EXBOYFRIEND JELES TAK LENA TIDUR

Sejak musim k-pop @ korea pop ni melanda negara kita kebanyakan gadis-gadis malaysia tergila-gila dengan artis atau penyanyi korea ni. Saya terkecuali tau..hihihi..suatu ketika dulu layan la jugak tapi masa tu k-pop tak ada lagi..masa tu saya memang fanatik drama korea tapi bukan sebab penangan winter sonata..

Fanatik-fanatik pun jangan sampai sanggup buat pembedahan pulak adik-adik ye..Semata-mata nak nampak ala2 awek korea..

Actually senang je nak nampak cantik ala2 korea ni. Tak payah buat plastik surgeri pun. Caranya kita follow cara awek2 korea jaga wajah diorang.

Ini heroin korea feveret saya, Chae Rim

Macam mana tu?
SIMPLE & EASY..Semudah ABCD.

Langkah A; Membersih

Cuci muka menggunakan pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit wajah. Ikuti tips pemilihan pencuci muka mengikut jenis kulit wajah DI SINI.

JANGAN sesekali tidur tanpa mencuci kesan solekan terlebih dahulu.

LANGKAH B; Scrub

Scrub digunakan bagi membuang sel-sel mati pada kulit muka dan selalunya digunakan sekali sekala atau dua kali seminggu.

Bagaimanapun ada juga scrub yang direka khusus untuk kegunaan hari-hari.

LANGKAH C; Penyegar

Setelah selesai membersihkan segala kotoran dari wajah, sapukan penyegar (toner) muka ke wajah. Fungsi penyegar ini adalah untuk menutup kembali pori-pori muka yang terbuka selepas mencuci muka.

LANGKAH D; Pelembap

Pelembap seperti yang diketahui umum, berfungsi untuk melembapkan kulit muka atau melindungi kulit dari kekeringan. Pelembap biasanya berbentuk krim dari jenis cecair dan ada juga yang sedikit pejal bergantung kepada kandungan minyak dan gliserol di dalamnya. Selain itu, anda juga disarankan memilih pelembap yang mengandungi pelindung sinar UV (SPF 15/SPF 30)

Pilihan saya ialah set penjagaan wajah Nutriwhite daripada Shaklee. Setakat ini saya sangat berpuas hati dengan set ini kerana ianya SEMULA JADI, BEBAS PARABEN dan SELAMAT untuk kulit wajah saya.


Krim pelembapnya ringan sangat mudah diserap oleh kulit. Kulit juga jadi tegang, licin dan sentiasa lembap. Berikut ialah pengalaman yang dikongsi oleh pengguna Set Nutriwhite lain.

Testimoni #1

Testimoni #2

Testimoni #3

So jangan hairan pulak kalau lepas anda gunakan set SKINCARE ni ada pulak girlfriend ex korang datang serang..nampak sangat diorang tercabar dengan kecomelan korang..hahaha.. Anyway selamat mencuba.

Nak tau tips untuk atasi kulit wajah yang berminyak? 

Dapatkan dulu set ini daripada saya, nanti saya akan ajar caranya bagaimana..

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi no yang tertera di bawah.

call/sms/whatsapp 016 2222 531

Saturday 7 May 2016

Belangkas darahnya biru!

Belangkas Darahnya Biru!

Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.

Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Like page kami. Pelbagai info menarik yang ingin kami kongsikan.

Wednesday 4 May 2016

Jalan Si Gadis Toncang

#kisahseram Jalan Si Gadis Toncang

Terdapat satu jalan yang berhantu berdekatan dengan sebuah universiti terkemuka di China. Jalan itu dipanggil sebagai Jalan Si Gadis Toncang kerana ramai pelajar di situ terjumpa hantu bersusuk wanita yang berambut toncang.

Dikatakan bahawa pada suatu malam, seorang wanita berambut toncang bersama teman lelakinya cuba menyeludup masuk ke Hong Kong melalui kereta api. Mereka merupakan pendatang asing.

Malangnya, wanita itu ternampak polis turut menaiki kereta api itu. Mereka memeriksa setiap kad pengenalan dan pasport penumpang. Oleh kerana risau ditangkap, wanita itu membuat keputusan untuk terjun dari kereta api yang berjalan laju itu. Semasa dia melompat, rambut toncangnya tersangkut di bingkai tingkap. Toncangnya tercabut bersama kulit kepala dan wajahnya.

Wanita itu terjatuh di atas jalan raya berdekatan universiti dan maut di tempat kejadian. Keesokan harinya polis menemui mayat wanita itu terbaring dengan keadaan yang sungguh mengerikan. Mukanya hanya tinggal daging kerana kulitnya sudah tertanggal bersama toncangnya yang sudah hilang dibawa kereta api.

Teman lelakinya sudah lihat apa yang berlaku, tapi dia hanya berdiam diri dan terus menghilangkan diri tanpa mencari teman wanitanya itu.

Selepas daripada kejadian itu, jalan itu sering menghantui sesiapa sahaja yang melaluinya terutamanya lelaki. Dikatakan terdapat seorang pelajar lelaki yang berjalan di laluan itu ternampak satu lembaga wanita berambut toncang berdiri di situ. Wanita itu menutup muka dengan kedua tapak tangannya sambil menangis.

Pelajar lelaki itu cuba memanggilnya namun wanita itu hanya berdiam sahaja. Dia cuba mendekatinya wanita itu dan menyapa bahunya. Wanita itu membuka tapak tangannya dan pelajar lelaki itu terkejut setengah mati apabila melihat wajah wanita itu. Wajahnya tiada mata… tiada hidung… tiada telinga dan tiada mulut… hanyalah tinggal daging yang berulat… Kemudian dia akan hilang.

Khabar angin mengatakan lembaga wanita itu mundar mandir di jalan itu untuk mencari teman lelakinya yang sudah menghilangkan diri.

#seram #hantu #penselstudio

Saturday 30 April 2016

Kisah Seram: Tersalah Kawan

#kisahseram Tersalah Kawan

"Ok, kau jangan tak datang Fiqa, aku ada movie baik punya nak tunjuk kat kau ni. Nanti kita tengok sama-sama eh. Lama gila tak jumpa kau weh. Datang tau!"

Lili berasa teruja mahu menerima kedatangan rakan baiknya ketika sama-sama belajar di universiti dahulu, Fiqa. Sejak tamat pengajian, mereka dah jarang sangat bertemu. Lagipun masing-masing berjauhan tempat bekerja. Lili kerja di Subang, manakala Fiqa pula bekerja di Melaka. Jadi oleh kerana minggu ini mempunyai cuti umum yang panjang, mereka bersepakat untuk bertemu. Fiqa yang menghubungi Lili dahulu siang tadi, dan dia bercadang mahu bermalam di rumah Lili malam ini.

Rumah bujangnya dikemas elok, mana-mana barang yang berselerak berterabur di susun teratur. Lili sudah tidak sabar menunggu kedatangan Fiqa. Lili juga sudah menelefon Domino's Pizza sebagai jamuan ringan untuk dia dan Fiqa malam ini. Pastinya mereka akan berborak panjang dan bergembira kerana kedua-duanya sudah lama tak berjumpa. Di universiti mereka amat akrab sekali. Pelbagai kisah dan luahan hati selalu di kongsi, tiada satu pun tertinggal. Jika mahu ke mana-mana pasti Lili akan mengajak Fiqa, dan jika Fiqa mahu meminta apa-apa pendapat serta pandangan pula, dia pasti akan mencari Lili. Begitulah penangan dua sahabat karib, Lili dan Fiqa.

Lili masuk ke bilik sebentar untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang di cas. Dia melihat skrin, masih tiada lagi pesanan teks ataupun panggilan telefon daripada Fiqa. Aneh. Fiqa beritahu tadi dia sudah dalam perjalanan dan lagi 25 minit mahu sampai. Ini sudah satu jam. Lili terus keluar dan duduk di sofa ruang tamu. Mungkin jalan sibuk agaknya. Iyalah, cuti umum kan. Kata Lili bagi menyedapkan hati. Satu-persatu saluran tv ditukar. Lili cuba menghubungi Fiqa namun tidak berjawab. Dia mulai risau. Mana pulak Fiqa ni?

Sepuluh minit selepas itu, pintu rumahnya berbunyi seperti diketuk seseorang. Dari pintu cermin terlihat bayang-bayang hitam. Mungkin ini Fiqa. Bisik Lili. Tombol pintu dipusing, pintu rumah dibuka perlahan. Lili menjenguk keluar.

"Lahh, kau Fiqa kenapa aku call tak jawab?" Lili berasa hairan melihat Fiqa tercegat di muka pintu rumah. Fiqa seperti kelihatan tak terurus dengan rambut panjangnya selekeh dibiar lepas.

"Weh, kau okay ke tak ni, semacam je aku tengok kau." Lili pandang Fiqa atas bawah. Fiqa nampak lain seperti Fiqa yang dia pernah kenal.

"Aku okay, jangan risau. Mungkin sebab dah lama kau tak nampak aku kot. Tu yang kau hairan semacam." Balas Fiqa.

"Mungkin jugak. Dekat setahun lebih tak jumpa kau kan. eh, jom lah masuk dalam. Makan, lepastu kita borak-borak." Lili menarik tangan Fiqa. Dia merasakan tangan Fiqa agak sejuk sedikit malam itu.

Mereka berdua duduk makan dan berbual di ruang tamu. Fiqa nampak agak kelaparan malam itu. Dia makan dengan kelam-kabut. Lili hanya tersenyum memandang telatah rakan baiknya. Sambil makan Lili cuba berborak dengan Fiqa, sepatah yang Lili tanya, sepatah yang Fiqa jawab. Lili jadi tertekan dengan sikap Fiqa. Fiqa yang dia kenal bukan begitu, Fiqa yang dia kenal agak peramah dan terkenal dengan sifat gila-gilanya. Malam itu Fiqa tidak natural. Tak apa, Lili beri peluang Fiqa menghabiskan makannya dahulu.

Lili bangun sebentar untuk menutup pintu hadapan. Dia jenguk sedikit ke luar, tak nampak langsung kereta Fiqa. Sewaktu dia datang tadi pun dengan tiba-tiba sahaja dia muncul di depan pintu. Bunyi kereta Fiqa pun tak kedengaran.

"Fiqa, kau datang sini naik apa tadi. Mana kereta kau?" Kata Lili sambil menutup pintu

"Naik keretalah. Aku parking dekat depan tu." jawab Fiqa.

Lili semakin hairan. Setahu dia kereta milik Fiqa adalah Myvi kuning, dia cuba menjenguk lagi melalui tingkap namun tak nampak pula kereta Myvi kuning di depan rumahnya. Lili kembali semula kepada Fiqa yang sedang duduk tegak di sofa sambil menonton tv. Dia duduk di sebelah Fiqa. Otak Lili laju memikirkan tentang sikap rakan baiknya yang serba aneh. Sesekali dia menjeling Fiqa, Fiqa terus asyik menatap skrin televisyen. Situasi tersebut berlalu 5 minit tanpa sebarang perbualan. Lili akhirnya mengalah.

"Weh, Fiqa. Aku tengok kau ni pelik lah. Kau ada apa-apa masalah ke?" Lili memusingkan badannya ke Fiqa.

"Masalah apa? Malas lah aku nak cerita sekarang. Nantilah." Fiqa menjawab pertanyaan Lili tanpa memandang muka Lili pun.

Lili jadi bengang. Sepatutnya malam ini bakal jadi malam yang paling seronok dan menggembirakan tapi sebaliknya pula yang jadi. Fiqa terus asyik menonton tv. Kebetulan pula Lili memasang movie seram.

"Lili. Kau pernah tengok hantu tak?" Fiqa menanyakan soalan yang agak pelik kepada Lili.

"Ewah, kau ni! Bukan main celupar lagi soalan kau ek??" Lili menjawab pantas.

"Hehe. Aku tanya je. Kau nak tengok hantu tak...?" Fiqa senyum dan menoleh Lili yang berada di sebelah.

"Ah, sudahlah. Banyak main lah kau ni. Dah lah, aku nak pergi dapur kejap." Lili terkejut sebenarnya Fiqa bertanyakan soalan sebegitu. Sudahlah sikapnya agak aneh malam ni, lepas tu dia tanya pula soalan yang bukan-bukan. Lili terus mengambil cawan dan pinggan ke dapur untuk dibasuh. Sambil berjalan dia menoleh Fiqa sekali lagi. Fiqa membalas pandangan Lili dengan senyuman yang begitu menjengkelkan disebalik rambutnya yang kusut masai.

Lili membasuh cawan dan pinggan dengan tidak keruan. Kadang kala terdengar Fiqa sedang ketawa seorang diri di ruang tamu. Lili jadi seriau mendengarnya. Pelik. Apa yang Fiqa sedang tonton bukanlah cerita komedi tapi cerita hantu. Mana ada orang ketawa bila tengok cerita hantu? Lili terus membiarkan fikirannya menerawang. Memikirkan apa yang sebenarnya terjadi pada Fiqa yang dia kenal ini. Kedengaran ketawa Fiqa dari ruang tamu. Makin lama makin kuat. Lili semakin bimbang dan berdebar-debar.

Perlahan-lahan Lili berjalan ke ruang tamu. Lili terkejut. Tv masih terpasang, tetapi kelibat Fiqa sudah tidak ada lagi di sofa. Mana pulak dia pergi. Lili memanggil nama Fiqa berkali-kali namun tidak berjawab. Sunyi sepi.

"Fiqa! Kau kat mana? Fiqa!!" Lili risau, jantungnya berdebar laju. Lili terus berlari ke luar rumah, mencari-cari Fiqa di ruang garaj kereta. Selipar Fiqa masih ada, tak mungkin dia keluar rumah. Lili masuk semula ke dalam.

"Ya Allah!" Lili tersentak.

Dia lihat Fiqa sedang berdiri tegak sambil memandang cermin besar di hadapan biliknya. Memang Lili tidak perasan Fiqa berada di situ sejak daripada tadi. Fiqa merenung cermin tersebut dalam-dalam. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu.

"Tak guna punya perempuan. Kau sial!" Kata Fiqa sambil terus memandang cermin.

Lili jadi takut melihat sikap Fiqa yang memang bukan seperti dirinya yang dia pernah kenal. Amat lain sekali.

"Fiqa! Kau cakap dengan siapa tu. Aku ke yang sial tu?? Tolonglah jangan macam ni. Kalau ada masalah cerita lah dekat aku! Jangan buat aku macam ni!" Lili teresak-esak. Dia sedih melihat situasi Fiqa waktu itu. Lama juga Fiqa berdiri memandang cermin, mulutnya sentiasa terkumat-kamit bebelkan sesuatu. Tapi Lili tak dapat mendengarnya dengan jelas. Dia merapati Fiqa, dia pimpin dan perlahan-lahan membawanya duduk ke sofa. Mata Fiqa terbeliak, tubuhnya agak keras. Dia seperti sedang marahkan sesuatu. Lili berlari ke dapur dan mendapatkan Fiqa segelas air. Mungkin ini dapat menenangkan diri Fiqa. Lili membuat kesimpulan Fiqa telah disampuk sesuatu. Lili cuba membacakan ayat-ayat suci di sisi Fiqa, namun Fiqa memandang Lili dengan wajah pelik.

"Kau kenapa Lili? Kau ingat aku kena rasuk ke hah??" Fiqa menjegilkan matanya. Sesekali dia ketawa kecil. Lama-lama ketawanya terus berpanjangan. Sambil itu tangannya menumbuk-numbuk sofa dengan kuat. Lili tidak keruan. Dia agak berasa seram sebenarnya. Lili biarkan Fiqa duduk berehat menenangkan diri. Mungkin selepas tenang nanti dia akan menceritakan semua masalahnya.

Lili buntu. Dia mencapai alat kawalan jauh, tv dimatikan. Bunyi bising dari tv hanya akan menyerabutkan keadaan. Lili mundar-mandir memicit-micit dahinya. Jiwanya gundah. Fiqa sudah terbaring di sofa dengan mata terpejam. Nafasnya turun naik, seperti sedang berada dalam tekanan. Lili membiarkan Fiqa berehat.  Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dalam keadaan cemas begini siapa pulak yang menghubunginya. Lili pantas mencapai telefon bimbit di atas meja makan.

Lili tergamam. Tak mungkin benda ini berlaku. Dia lihat Fiqa sedang terbaring di sofa dengan mata terpejam. Lili menggigil melihat nama FIQA tertera di skrin telefon. Fiqa telah menghubunginya! Jadi siapa pula yang terbaring di sofanya sekarang ni?

"He..hel..hello.." Lili menjawab

"Heyy, Lili! Sorry lah aku terlambat sikit datang rumah kau. Sorry tau. Eh jom, kita makan dekat luar. Aku pickup kau kejap lagi. Nak sampai rumah kau dah ni." Kata 'Fiqa' dalam keadaan ceria.

Lili terus terpaku tidak terkata apa. Dia dalam keadaan sama ada mahu percaya atau tidak percaya. Tapi dia harus percaya. Patutlah Fiqa yang datang sebentar tadi ke rumahnya ini berperangai pelik dan aneh. Rupa-rupanya Fiqa yang 'sebenar' masih dalam perjalanan dan belum sampai lagi di rumahnya. Jadi ini siapa?

"Hello.. are you there Lili?? Kenapa senyap je. Aku datang nak ambil kau ni. Tunggu dekat luar rumah ya." Kata Fiqa lagi bila lihat Lili diam tidak memberikan respon.

"O..ok.. ok. Aku tunggu. Cepat sikit!" Lili terus mengambil benda penting apa yang patut dan terus menunggu Fiqa yang sebenar datang. Lili mengambil keputusan untuk meninggalkan jelamaan 'Fiqa yang aneh' di dalam rumah. Dia tak dapat fikirkan cara apa lagi. Dia akan menceritakan semuanya kepada Fiqa sebentar nanti. Masalah ini harus diselesaikan segera. Sewaktu Lili sedang resah berdiri dan menunggu di luar, kelihatan dari jauh samar-samar cahaya lampu kereta. Myvi kuning. Fiqa!

Lili terus meluru dan masuk ke dalam kereta. Fiqa berasa hairan melihat Lili yang mukanya pucat dan berpeluh-peluh bagai dikejar hantu. Selepas menarik dua, tiga nafas yang panjang. Lili menceritakan semuanya kepada Fiqa kejadian yang dia alami tadi. Kejadian yang begitu menakutkan sepanjang hidupnya. Fiqa yang mendengar juga berasa terkejut. Tak sangka ada syaitan yang cuba menjelma sebagai dirinya. Fiqa memeluk dan menenangkan Lili yang sedang menangis teresak-esak. Lili berada dalam ketakutan sangat.

"Dah, kau tenang je. Jom kita pegi makan. Tempat special punya. Nanti dekat sana kita fikirkan caranya. Mungkin kita boleh tanya dan panggil mana-mana Ustaz yang berdekatan untuk selesaikan masalah ni." Fiqa menenangkan Lili. Lili hanya mengangguk.

Kereta Myvi kuning memecut laju membelah dingin malam. Mereka berdua tak banyak bercakap waktu itu. Mungkin kerana Lili masih dalam keadaan terkejut. Sesekali Fiqa cuba membuat jenaka, Lili mula ketawa kecil. Namun di sudut hatinya bertimbun perasaan gundah.

"Kau tau tak. Aku tak dapat bayangkan kalau aku masih berada dalam rumah tu lagi dengan si Fiqa puaka tu. Seram aku tengok dia tadi." Kata Lili sambil melihat permandangan malam dari cermin tingkap kereta.

"Ish, kau ni.. Janganlah risau lagi. Aku dah ada kan ni. Malam ni kita berseronok okay." Fiqa tersenyum memandang Lili.

"Eh, Fiqa kita lalu jalan mana ni? Selama aku tinggal dekat sini tak tau pulak ada jalan ni." Lili hairan melihat jalan yang dipilih Fiqa. Di kiri dan kanannya dipenuhi pokok getah. Jalan rayanya pula kecil dan gelap. Hanya muat untuk satu kereta.

"Oh, ni jalan short cut. Tak kan kau tak tahu jalan ni? Kita dah nak sampai ni, sekejap je lagi." Kata Fiqa sambil terus fokus memandu. Lili hanya mengangguk faham. Baginya tidak kira apa pun, dia hanya mahukan ketenangan dan lari dari ketakutan tadi.

Kereta diberhentikan di tepi jalan. Tidak jauh di hadapannya ada sebuah simpang tiga. Fiqa mengajak Lili turun, dia mengatakan kedai makan tersebut terletak tidak jauh dari sini. Perlu berjalan kaki sedikit, kerana jalan kecil di hadapan simpang tidak muat untuk sebuah kereta masuk. Lili hanya menuruti Fiqa. Baginya, mungkin Fiqa lebih fasih dan tahu tentang tempat ini. Mereka berdua berjalan di sebatang jalan kecil berbatu menuju ke sebuah kedai makan. Kedai tersebut terletak dalam sedikit daripada jalan utama yang mereka lalu tadi. Di kiri dan kanannya masih terdapat pokok-pokok getah yang tumbuh merimbun.

Dari jauh sudah kelihatan cahaya dari kedai makan. Terang benderang. Ramai juga yang makan di situ walaupun kedainya agak tersorok. Suasana agak hingar bingar. Ada yang datang membawa keluarga, ada yang bersama teman-teman. Mereka semua menegur Fiqa. Lagaknya bagai Fiqa sudah biasa dengan tempat dan pengunjung-pengunjung di sini. Mereka semua agak mesra sekali dengan Fiqa.

"Jom order. Kat sini yang sedap nasi goreng ayam dia." Kata Fiqa tersenyum memandang Lili yang masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana.

"Oh, ok. Boleh lah aku pun nak nasi goreng ayam. Air teh o" Lili memberi keputusan.

Sementara menunggu pesanan makanan, mereka berdua duduk berbincang akan hal yang menakutkan di rumah tadi. Fiqa menasihati Lili supaya tenang serta meyakinkan Lili apabila balik rumah nanti sudah semestinya Fiqa puaka itu sudah tiada lagi. Kerana Fiqa yang benar ada di sini, berada di sebelah dengannya. Fiqa juga mengajak Lili ke rumah seorang Ustaz dalam perjalanan balik nanti. Ustaz itu mahir dalam bab-bab mistik sebegini. Lili jadi tenang sedikit mendengar kata-kata semangat daripada Fiqa. Mereka berdua pun berseronok dan bergembira sambil menjamu selera. Benar kata Fiqa, nasi goreng ayam di sini amat sedap sekali.

Ketawa dan bergembira, terus gembira, malam itu segala masalah lenyap. Lili terus dihanyuti riuh rendah kedai makan, semua pengunjung di situ turut bergembira bersama Lili. Lili turut berseronok dan bergelak ketawa bersama-sama mereka. Lili harus dihargai kerana dia ialah pelanggan baru. Fiqa senang hati melihat orang-orang di situ menyukai Lili. Malam itu Lili betul-betul dihargai, pekedai membelanja Lili sepiring lagi makanan. Mereka mahu Lili datang lagi dan merasai keenakan makanan-makanan di sini. Pengunjung lain tersenyum gembira melihat Lili yang turut menyukai makanan di situ.

Dan malam pun terus larut.

Lili terus khayal. Kepalanya tiba-tiba terasa berat, pening, dan berpinar-pinar. Lili memandang ke sekeliling, dia hairan mengapa keadaan agak begitu gelap sekali. Mana pergi Fiqa? Mana pergi kedai makan tadi? Mana pergi pengunjung-pengunjung tadi? Suasana yang bising dan riuh-rendah kini lenyap dan hilang. Suasana bertukar sunyi sepi, permandangan jadi gelap gelita! Lili memandang piring, nasi goreng ayam yang enak sebentar tadi sudah menjadi daun-daun kering. Lili yang terkejut terus mencampakkan piring ke bawah. Kedai makan yang cantik sudah bertukar menjadi sebuah pondok yang buruk, akar liar tumbuh di melalui lantai dan dindingnya.

Lili menjerit ketakutan, nama Fiqa dipanggil berulang-ulang kali. Namun apa yang menyahutnya ketika itu adalah bunyi cengkerik di hutan. Sunyi sepi itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sudah lah sunyi, gelap gelita pula. Lili menangis takut, dia mula rasa meremang. Keadaan ini sungguh menakutkan. Dia menjerit meminta tolong, namun tiada siapa yang akan mendengar jeritan kecilnya di tengah-tengah hutan tersebut. Jeritan hanya sia-sia, menyelamatkan diri adalah keutamaan. Lili melarikan diri sekuat hati walaupun keadaan gelap. Pokok-pokok besar menghalang cahaya rembulan daripada menembusi hutan gelap.

Dupp!!

Lili tersadung sesuatu lalu tersungkur ke tanah. Kesakitan harus dilupakan sekarang ini, apa yang penting keluar dari situ. Lili mengenangkan nasib buruknya malam itu, bertimpa-timpa. Dia bingung, adakah Fiqa yang membawanya ke sini juga bukan Fiqa yang sebenar? Lili menoleh ke belakang untuk melihat benda apa yang telah membuatnya tersungkur sebegitu rupa. Dia tergamam, bulu romanya terus meremang. Lili harus percaya apa yang dia lihat di belakangnya sekarang. Sebuah kawasan perkuburan terbentang luas. Batu nisan berwarna putih yang sudah lusuh berderet-deret menghadapnya. Tiada apa lagi yang lebih menakutkan selain melihat perkuburan di tengah hutan, di dalam gelap!

Lili terdengar ada orang memanggil namanya beramai-ramai. Suara mereka sayup dan mendayu. Batu-batu nisan di hadapannya tidak semena-mena bergerak-gerak satu persatu. Kemuncak ketakutan adalah pada saat ini. Saat apabila Lili melihat berpuluh-puluh tubuh berbungkus putih sedang berdiri di atas kubur masing-masing. 'Mereka' semua berdiri tercegat memandang Lili yang terduduk di atas tanah. Jadi pembaca semua, apa yang anda akan lakukan apabila berhadapan dengan situasi yang menakutkan ini? Ya. Lili cuba melarikan diri, namun kaki kirinya tersangkut pada akar kayu. Lili terpaksa membiarkan tubuh-tubuh berbungkus putih tersebut mendekati dirinya. Semakin lama semakin hampir mereka 'bergerak'. Ada yang melompat-lompat, ada juga yang seperti halimunan. Sekejap berada di atas pokok, sekejap berada di sebelah batu nisan, sekejap berada di sebelahnya. Lili terus menjerit ketakutan. Matanya berpinar-pinar, pandangannya semakin lama semakin kabur. Hitam. Gelap. Sunyi.

.......................................

"Lili! Lili! Bangun, aku ni! Bangunn!"

Lili membuka matanya perlahan-lahan. Dia lihat sekeliling, hatinya terus lega apabila melihat ruang tamu rumahnya.

"Syukur, kau dah terjaga. Aku minta maaf Lili" Fiqa memegang erat tangan Lili.

"Fi..Fiqa.. Apa yang dah terjadi dekat aku ni?" Lili lemah bersuara

"Ada seorang pak cik ni, pagi tadi dia jumpa kau terbaring dekat kawasan perkuburan lama hutan belakang sana." Kata Fiqa menjelaskan keadaan.

"Ta..Tapi Fiqa, kau yang bawak aku pergi situ kan malam tadi?" Lili masih bingung.

"Eh jangan merepek. Mana ada. Malam tadi aku terlelap dekat sofa ruang tamu ni. Bila aku bangun je aku tengok kau dah tak ada. Aku call kau, kau tak jawab." Fiqa jadi hairan mendengar pertanyaan Lili.

"Sorry lah Lili, malam tadi perangai aku pelik sikit. Sebab aku ada masalah. Aku tengah stress, tengah tension. Masa on the way ke rumah kau, aku tengah gaduh dengan boyfriend aku. Tu sebab aku tak jawab call kau. Dan kau pun nampak aku tengah serabut gila kan malam tadi. Ketawa sorang-sorang, nangis sorang-sorang. Boyfriend aku curang. Aku nampak gambar dia tengah bercuti dengan perempuan lain."

Lili mula teringatkan sesuatu. Patutlah malam tadi Fiqa ulang-ulang bercakap "perempuan tak guna". Lili ingat kata-kata itu untuk dia.

"Dalam keadaan semalam, ada macam-macam benda yang aku tak cerita dekat kau. Fikiran aku terlalu berserabut. Tu yang aku diam je. Aku nak biar diri aku ni tenang dulu. Dan aku tak sempat nak bagitahu kau yang aku dah pakai kereta lain sekarang. Myvi kuning tu aku dah lama jual."

Lili teringat sesuatu lagi. Patutlah malam tadi dia tak nampak langsung kereta Fiqa di hadapan rumahnya. Rupa-rupanya Fiqa naik kereta lain.

"Satu soalan aku nak tanya kau Lili. Macam mana pakcik tu boleh terjumpa kau dekat kubur lama tu dan macam mana kau boleh pergi ke situ?"

Lili terdiam.

"Aku tersalah kawan. Malam tadi aku dibawa oleh jelmaan kau. Dia yang bawa aku ke sana." Lili jawab ringkas. Fiqa terdiam.

Misteri akan terus kekal misteri. Tiada apa yang boleh kita takuti kecuali Allah SWT yang Maha Berkuasa. Namun jangan kita takbur dan angkuh, kerana sudah tertulis di dalam Al-Quran, iblis dan syaitan itu juga wujud bersama-sama kita, dan mereka akan sedaya upaya menghasut dan menyesatkan kita anak-anak Adam sehingga Hari Kiamat walau dalam apa jua cara sekalipun.

#kisahseram #seram #penselstudio
penselstudio2016©allrightsreserved

Monday 18 April 2016

Cara Untuk Mengetahui Siapa Yang Block Whatsapp Anda

Cara Untuk Mengetahui Siapa Yang Block Whatsapp Anda

Imej dari cagoinc.com

Masih ada di antara kita  yang menggunakan SMS dan MMS tapi majoriti yang lain menggunakan whatsapp atau aplikasi pemesejan free yang lain. Yelah, whatsapp kan free tiada cas bayaran yang dikenakan, so kita pun non stop lah hantar mesej kat kawan-kawan lain. Sampai lah orang naik menyampah dan block kita tanpa disedari.

Mulai hari ini, 3 benda ni akan buat realize yang kawan anda tu dah pun block anda:

1. Mesej dah hantar tapi masih lagi tak deliver (takde dua tick)

Anda dah hantar mesej kat kawan anda tu dua hari yang lepas tapi mesej tu masih lagi tak deliver kat dia. Kawan-kawan lain releks je main mesej dengan dia, pelik kan? Tapi jangan cepat buruk sangka, mungkin whastapp anda ada problem (sedapkan hati sendiri). Hehe!

2. Gambar profil kawan anda tu tak appear kat ruangan chat tu.

Untuk memastikan yang dia benar-benar dah block anda, cuba check balik mesej yang anda hantar kat kawan tu, tengok profile gambar dia appear tak kat whastapp tu. Kalau takde, 89% yang dia dah block anda. Tapi, tak confirm lagi. Cuba check yang last ni..

3. Status dorang tak appear

 

Kalau ketiga-tiga benda ada, maknanya anda memang dah kena block dan ini menunjukkan yang dia sudah tidak mahu lagi diganggu oleh anda. So, faham-faham sendiri lah yek!

Pelajar Peluk Islam Dihadapan Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka: "Saya terima hidayah malam ni"

Pelajar Peluk Islam Dihadapan Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka : "Saya Terima Hidayah Malam ni"

  


Melaka, 17 Apr - Ceramah Dr. Zakir Naik di Melaka hari ini menyaksikan seorang pelajar UTeM mengucap dua kalimah syahadah di hadapan penceramah antarabangsa itu.

Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah suci itu selepas menerima penerangan jelas mengenai persoalan mengenai Islam daripada Dr Zakir.


Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi itu,  yang sebelum ini menganut agama Hindu berkata, tindakannya itu dilakukan secara rela hati tanpa paksaan sebarang pihak.

"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu. Selepas menunggu lama akhirnya saya menerima hidayah untuk memeluk Islam malam ini," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.


Sejurus mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.


Di Twitter, orang ramai mula mengucapkan syukur dengan berita gembira itu. Menerusi tweet video yang dimuat naik, kedengaran pelajar terbabit mengikuti Dr. Zakir Naik mengucap dua kalimah syahadah.

Welcome to Islam brother!#zakirnaikutem #utem_momentspic.twitter.com/EVpNVnlOvl

— sepukema (@s4iful_iqmal) April 17, 2016

Lebih 20,000 hadir untuk mendengar syarahan disampaikan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik, di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Penceramah itu tiba di Dewan Besar UTeM bersama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada jam 8.15 malam tadi, disambut hadirin terdiri daripada pelbagai kaum.

Dr. Zakir menyampaikan syarahannya bertajuk Islam-Masalah dan Penyelesaian Untuk Kemanusiaan - Siakapkeli.my